Sebenarnya sudah beberapa kali saya ingin menginap di hotel ini tetapi dibatalkan disaat2 akhir dan bertukar ke hotel lain. Akhirnya dapat juga bermalam di hotel yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman ini. Hotel ini terletak berhampiran dengan Chow Kit (hanya kira2 300 meter sahaja). Bangunannya betul2 di hadapan bangunan Akar Hotel.
Saya menempah hotel ini hanya beberapa jam sebelum check-in. Melalui aplikasi booking.com saya memilih bilik deluxe yang berharga RM151.90 (tanpa sarapan). Saya tiba di hotel kira2 pukul 3.20 petang dan terus sahaja ke kaunter untuk proses pendaftaran masuk. Tiada pengunjung lain ketika itu. Setelah menandatangani satu borang saya diminta untuk membayar deposit sebanyak RM100. Selepas diberi kad akses saya terus sahaja menaiki lif untuk ke tingkat 6. Hotel ini hanya mempunyai 2 lif. Oleh kerana orang tidaklah ramai, saya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan lif. Hotel ini mempunyai 12 tingkat sahaja.
Biliknya kecil sahaja berkeluasan 215 kaki persegi. Memasuki bilik terdapat satu almari baju di sebelah kiri yang berpintu magnet. Saiznya kecil sahaja untuk pengunjung menyangkut pakaian mereka. Di sini juga terdapat peti simpanan keselamatan. Hotel ini tidak menyediakan seterika. Ianya disediakan di luar bilik yang dikongsi dengan bilik2 yang lain. Di sebelah kanan pintu masuk pula ialah bilik air yang juga kecil, yang mempunyai pintu gelongsor yang boleh dikunci.
Ruang bilik selain dari satu katil queen, terdapat satu meja study bersaiz kecil di tepinya serta satu kerusi yang juga bersaiz kecil. Di atas meja diletakkan peralatan untuk membancuh kopi dan teh serta air mineral (sebenarnya hanya teh kerana kopi tidak ada). Terdapat juga lampu study di atas meja ini. Oleh kerana saiz mejanya yang kecil, apabila ingin membuat kerja saya terpaksa meletakkan peralatan untuk membancuh kopi itu di atas lantai. Di bawah meja ini diletakkan peti ais mini. Kemudian terdapat pula satu kerusi sofa single yang diletakkan di tepi tingkap. TV pula hanya bersaiz 32 inci dilekatkan di dinding bertentangan katil. Untuk view pula, bilik yang saya inap ini mengadap ke Jalan TAR iaitu mengadap ke KLCC.
Bilik airnya juga kecil sahaja menempatkan sinki, tandas dan juga ruang untuk shower. Terdapat saluran paip di sebelah mangkuk tandas dan ruang untuk shower adalah bertutup dengan dinding cermin serta mempunyai pintu. Saiznya juga agak kecil. Terdapat shower jenis siling dan juga pegang di hotel ini. Tekanan air di bilik air adalah kuat. Untuk peralatan mandian pula, hanya sabun dan shampu disediakan. Hotel ini tidak menyediakan berus gigi.
Hotel ini walaupun kecil tetapi mempunyai pool yang terletak di roof top. Saiznya kecil sahaja tetapi view dari pool ini cantik kerana mengadap ke KLCC. Pool dibuka dari pukul 7 pagi hingga 7 malam. Di roof top ini juga terdapat gimnasium dan juga kafe tetapi tidak beroperasi. Hotel ini mempunyai restoran di tingkat 1 tetapi tidak dibuka semasa saya pergi sekitar 5.00 petang (saya tidak pasti samada restoran ini beroperasi atau tidak).
Untuk wifi percuma pula, ianya mempunyai kelajuan 14mbps sementara untuk telco pula Celcom dan Tune Talk mempunyai kelajuan yang hampir sama iaitu 114mbps dan 112mbps. Siaran TV pula sangat sedikit walaupun siarannya dalam bentuk HD. Untuk proses check-out pula, saya hanya perlu memulangkan kembali kad akses dan dalam masa yang sama hotel akan mengembalikan semula wang deposit RM100.
Hotel ini bagi saya agak berpatutan dengan harganya sekitar RM150 dan selesa untuk bermalam di biliknya. Ianya bersih cuma dinding cermin ruang shower agak kotor (tidak dibersihkan dengan sempurna). Selain berdekatan dengan Chow Kit ianya juga berdekatan dengan SOGO dan Pasar Malam Jalan TAR (hanya kira2 900 meter). Cuma kelihatan banyak sudut hotel yang tidak diselenggarakan dengan baik. Ini mungkin akibat tidak digunakan dalam jangkamasa yang lama semasa PKP tempohari. Satu yang saya tidak begitu suka ialah biliknya yang tidak kedap bunyi. Saya dapat mendengar siaran TV yang dipasang dari bilik lain dengan jelas.
Bilik
Bilik Air
Pool
View dari Bilik
View dari Rooftop
Hotel
Comments