top of page
Search
hanuds

Wolo Hotel Bukit Bintang (4-5/9/21)

Updated: Nov 29, 2021

Hotel ini terletak di Bukit Bintang iaitu di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail. Bertentangan dengan hotel ini ialah Lot 10 serta berhampiran juga dengan stesen monorel Bukit Bintang. Bangunannya tidaklah besar tetapi lokasinya memang strategik. Pengunjung boleh ke Pavilion atau Lot 10 serta shopping mall yang berdekatan dengan berjalan kaki sahaja.


Sudah lama sebenarnya ingin ke sini cuma sekarang baru berpeluang. Melalui booking.com saya memilih bilik Gold King with window yang berkeluasan 259 kaki persegi. Biliknya tidaklah besar tetapi interiornya sangat cantik, umpama hotel mewah. Bila masuk ke biliknya terdapat bilik air di sebelah kiri dan tandas di sebelah kanan. Bilik airnya juga kecil tetapi agak selesa.


Sinkinya terletak di luar bilik air dan sangat cantik. terdapat meja kecil dan 2 kerusi untuk makan minum atau melakukan kerja pejabat. Terdapat juga meja menempatkan pembancuh kopi dan sebuah peti ais mini.


Bilik yang saya inap ini mengadap ke Lot 10 dan stesen monorel Bukit Bintang. Walaupun ianya betul2 terletak di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail yang sibuk dengan kenderaan, ianya tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada pengunjung memandangkan biliknya yang kedap bunyi. Hampir saja tidak kedengaran langsung bunyi kenderaan dari luar.


Aircond hotel ini sejuk walaupun agak lambat. Shower pula mempunyai tekanan air yang tinggi walaupun air panas tidak terlalu panas dan agak lambat untuk panas. TVnya pula mempunyai chanel Vision Four serta chanel tempatan dan ke semuanya adalah dalam siaran HD. Wifi pula sangat laju mencecah 138/147mbps.


Ini adalah antara hotel yang saya suka interiornya walaupun keluasan biliknya tidaklah besar.



Room



View from room




508 views0 comments

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page