Ini merupakan kali kedua saya menginap di hotel yang terletak di Bukit Bintang ini. Jika sebelum ini saya bermalam di Gold King with window, kali ini saya memilih bilik yang lebih kecil iaitu Copper King without window. Biliknya memang kecil iaitu hanya 244 kaki persegi.
Walaupun biliknya kecil tetapi interiornya agak cantik dan kemas. Memasuki bilik terdapat bilik mandi di sebelah kiri serta tandas di sebelah kanan. Bilik air dan tandas tidaklah luas tetapi ruangnya mencukupi dan selesa. Sinki pula terdapat di luar bilik air iaitu di sebelah kanan. Di sebelah kiri pula menempatkan katil (tidak terdapat ruang di penjuru katil). Dinding hadapan katil menempatkan TV yang agak besar (mungkin 46 inci). Di sebelah katil terdapat satu meja bulat kecil dan satu kerusi untuk minum atau melakukan kerja.
Walaupun biliknya kecil tetapi bagi saya sangat selesa kerana mempunyai segala keperluan seperti hotel2 yang lain. Aircond di bilik sangat sejuk sementara shower mempunyai tekanan air yang cukup kuat (mandi memang puas). Terdapat juga coffee machine serta 2 kapsul yang disediakan secara percuma. Disediakan juga bathrobe yang cantik dan selesa.
Siaran TV pula dalam bentuk HD walaupun hanya menyediakn saluran percuma serta Vision Four. Wifi pula sangat laju mencapai kelajuan 78/76mbps.
Hotel ini memang sesuai kepada sesiapa yang ingin bersiar2 di kawasan bukit bintang kerana lokasinya yang berdekatan dengan Pavilion. Juga terdapat banyak restoran di kawasan hotel. Dengan hanya RM124.72 (melalui booking.com) memang agak berbaloi memandangkan lokasinya yang strategik. Urusan check-in dan check-out lancar walaupun terdapat ramai juga pengunjung. Untuk deposit, pengunjung perlu menyediakan RM200.
Comments