top of page
Search
hanuds

Vivatel Kuala Lumpur (5-6/6/22)

Dari hotel 3 bintang di Jalan Raja Laut saya ke hotel 4 bintang yang terletak di Jalan Loke Yew, Taman Miharja. Hotel ini sebenarnya agak tidak popular memandangkan lokasinya yang terletak agak jauh dari pusat bandaraya. Lokasinya berhampiran dengan stesen LRT Taman Miharja (hanya 5 minit berjalan kaki). Bangunannya bercantum dengan pusat membeli belah Viva tetapi mall ini ibarat hidup segan mati tak mahu.


Menggunakan aplikasi booking.com saya menempah bilik superior berharga RM205.43 (termasuk sarapan untuk 2 orang). Saya tiba di hotel kira2 pukul 1.20 petang dan terus sahaja ke kaunter bertanyakan samada bilik telah pun siap. Saya diberitahu bahawa bilik belum lagi sedia dan staff bertugas menyuruh saya duduk terlebih dahulu sementara beliau menghubungi room servis untuk menyiapkan bilik saya. Saya duduk di lobi hotel yang agak besar dan cantik. Pada pukul 2.10 staff tersebut menghampiri saya dan memberikan saya kad akses (waktu check-in hotel ini ialah pada pukul 3.00 petang). Saya terus sahaja menaiki lif untuk ke tingkat 10. Terdapat 5 lif di hotel ini dan saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan lif.


Bilik superior ini berkeluasan 247 kaki persegi. Biliknya agak besar dan kelihatan masih agak baru serta mempunyai interior yang moden. Biliknya tidak menggunakan karpet, hanya berlantaikan papan yang cantik. Memasuki bilik terdapat almari di sebelah kiri untuk menyimpan pakaian sementara bilik airnya pula di sebelah kanan. Kemudian terdapat para di sebelah kiri di kaki katil. Bilik yang saya pilih ini adalah jenis katil queen. Terdapat meja study yang sederhana besar di tepi tingkap di kaki katil sementara TV pula seperti biasa dilekatkan di dinding bertentangan katil. TV di hotel ini hanya bersaiz 32 inci. Di atas meja study diletakkan perkakas untuk membancuh kopi termasuklah cerek letrik.


Biliknya agak unik di mana dinding antara katil dan bilik air dipisahkan oleh dinding yang boleh dibuka (pintu gelongsor). Bila dibuka terdapat peti ais mini diletakkan di bawah sementara di bahagian atasnya adalah bahagian bilik air yang diletakkan tuala dan toiletries. Pintu gelongsor ini juga adalah cermin muka sepenuhnya dan ianya tidak boleh dikunci. View bilik yang saya inap ini betul2 mengadap ke bandaraya Kuala Lumpur. Boleh dilihat dengan jelas bangunan2 utama di KL.


Bilik airnya juga mempunyai pintu gelongsor. Selain sinki, terdapat juga tandas dan ruang untuk shower yang dipisahkan oleh cermin lutsinar. Ruang untuk shower dan tandas berkongsi pintu gelongsor. Terdapat salur paip di bahagian tandas dan tekanan air di bilik mandi adalah kuat tetapi agak susah untuk mengawal suhu air bila mandi. Lampu di bilik air juga agak malap dan kurang terang (saya membuka pintu gelongsor ke katil bagi mencerahkan lagi bilik air).


Selain TVnya yang kecil, siarannya juga bukanlah dalam bentuk HD. Siarannya tidaklah banyak (kebanyakan siaran adalah Vision Four). Untuk wifi percuma pula, kelajuannya hanyalah 10mbps dan Celcom pula agak laju di mana kelajuannya mencapai 97mbps sementara Tune Talk pula sedikit perlahan, hanya 81mbps.


Hotel ini mempunyai pool yang terletak di tingkat 5 dan ianya adalah terbuka. Poolnya kecil sahaja tetapi terdapat juga pool untuk kanak2. Di tepi pool terdapat gimnasium yang mempunyai ruang yang kecil. Mengikut papan kenyataan pool dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 8 malam, tetapi pada pukul 7.30 malam ianya telah ditutup dan kawasan sekitarnya adalah gelap (tidak dipasang lampu).


Untuk sarapan pula, ianya adalah di cafe yang terletak di lobi hotel. Cafenya agak besar dan luas dan terdapat banyak meja juga. Waktu sarapoan bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Menu sarapan di hotel ini banyak dan saya amat berpuas hati. Saya hanya mencuba beberapa makanan termasuklah nasi lemak dan pada saya ianya sedap walaupun sambalnya agak pedas.


Secara peribadi saya suka dengan hotel ini. Biliknya cantik dan ianya tidak sesibuk hotel2 ternama yang lain. Bagi saya hotel ini agak underprice. Jika bukan di hujung minggu, harganya hanyalah sekitar RM170 (termasuk sarapan). Sarapannya pula sedap dan cukup pelbagai. Hotel ini mungkin tidak begitu popular disebabkan lokasinya yang jauh dari pusat bandaraya selain pusat membeli belah Viva yang agak lesu.


Saya pasti akan ke sini lagi dan mencuba bilik yang lain pula. Selain bilik superior, terdapat juga bilik jenis deluxe dan suite yang mana harganya adalah murah jika dibandingkan dengan hotel2 ternama. Untuk proses check-out, saya hanya perlu memulangkan kad akses di kaunter dan membuat bayaran. Ianya sangat cepat dan layanan staff di sini sangat memuaskan.


Bilik



Bilik Air



Sarapan



View



Pool



Hotel



151 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page