Menghabiskan cuti tahunan saya memilih satu hotel yang terletak berdekatan dengan pejabat saya. Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Geo Hotel sebelum ditukar nama kepada Travelodge City Centre. Juga dikenali sebagai Travelodge Central Market kerana lokasinya yang terletak betul2 di hadapan Pasar Seni, Kuala Lumpur. Selain itu hotel ini terletak bersebelahan dengan stesen LRT Pasar Seni.
Melalui trip.com saya memilih bilik superior yang berharga RM111.52 (tanpa sarapan). Biliknya kecil sahaja hanya mempunyai keluasan 204 kaki persegi. Selain satu katil queen, biliknya mempunyai meja study di tepi katil. Di pintu masuk terdapat satu rak untuk menyangkut baju serta satu kabinet untuk menempatkan satu peti ais mini dan juga cerek letrik serta cawan. Tiada almari baju disediakan di bilik jenis ini. Interiornya simple sahaja tetapi agak menarik dan cantik juga.
Bilik airnya juga kecil menempatkan sinki, tandas dan juga shower. Untuk bilik yang saya inap, viewnya mengadap ke bangunan Pos Malaysia serta rel LRT dan juga bangunan Dayabumi. Wifi percuma ada disediakan dan agak laju, mencapai kelajuan 37mbps. Apa yang menariknya kelajuan telco di hotel ini sangat laju di mana Tune Talk mencapai kelajuan sehingga 329mbps dan Celcom pula berkelajuan 297mbps. Hotel ini menyediakan TV bersaiz 40 inci, tetapi tidak banyak siaran yang ada, hanya siaran asas sahaja. Walau bagaimanapun semua siarannya adalah dalam bentuk HD. Untuk bilik mandi pula, tekanan airnya sederhana kuat dan agak selesa untuk mandi.
Untuk proses check-in pula, ianya sangat cepat hanya mengambil masa beberapa minit sahaja (ini adalah kerana saya telah membayar bilik secara online). Proses check-out juga tidak mempunyai masalah, hanya perlu menyerahkan kad akses di kaunter sahaja.
Hotel ini hanya menyediakan asas sahaja tetapi kebersihannya memuaskan hati saya. Dengan bayaran sekitar RM100 untuk satu malam, saya rasa hotel ini agak berbaloi memandangkan lokasinya yang strategik terletak di tengah2 Kuala Lumpur dan berdekatan pula dengan stesen LRT dan juga MRT. Hotel ini mungkin tidak begitu sesuai untuk famili kerana biliknya yang kecil serta tidak mempunyai pool untuk anak2 mandi.
The Room
Comments