top of page
Search
hanuds

The Majestic (3-4/4/21)

Sebenarnya booked hotel lain, The Stripes. Selepas booking ada email dari hotel yang mengatakan hotel telah ditukar kepada The Majestic, tetapi dengan harga yang sama. Masa booked The Stripes tu harga hanyalah RM229 (termasuk sarapan), tetapi di booking.com harga hotel ini RM440 pada tarikh yang sama. Jadi rezeki gakla kan dapat hotel mahal dengan harga yang murah. Walaupun saya diberi pilihan untuk menukar tarikh atau membatalkan aje tempahan, saya terima ajelah sebab hotel ini memangnya mahal. So rezeki gakla tu kan dapat harga RM229 untuk satu malam.


So menjadi tanda tanya gakla kan kenapa saya diberi hotel lain dan bukannya The Stripes seperti yang ditempah. Rupa2nya The Stripes telah memberhentikan operasinya dan saya diberi pilihan untuk ke The Majestic disebabkan kedua hotel ini dipunyai oleh YTL.


Biliknya memang cantik, padanlah dengan harganya RM400++ untuk satu malam. Biliknya juga agak besar. Pertama kali jumpa hotel di bilik airnya terdapat TV.


Pool terletak di tengah2 bangunan (tak ingat tingkat berapa). Poolnya takla besar sangat.



Bilik



Pool



552 views0 comments

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page