Hotel ini terletak di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan juga Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur. Ianya bukanlah terletak betul2 di Chow Kit, tetapi terletak kira2 600 meter dari Pasar Chow Kit. Ini merupakan kali kedua saya menginap di hotel ini. Hotel ini merupakan antara hotel yang saya suka kerana interiornya yang cantik walaupun biliknya agak kecil.
Hotel ini mempunyai tempat letak kereta iaitu di sebelah bangunan dan ianya agak terhad dan tidak tertutup. Memasuki hotel terdapat lobi di bahagian bawah yang bercantum dengan restoran. Lobi dan restoran mempunyai interior yang sangat klasik dan cantik. Dari restoran di bahagian bawah terdapat tangga ke M Floor yang menempatkan juga restoran yang sederhana besar.
Jika kali pertama dahulu saya menginap di bilik The King Den - KL City View, kali ini saya memilih bilik yang lebih kecil iaitu The Din. Bilik ini berkeluasan 161 kaki persegi, berbanding dengan bilik The King Din yang mempunyai keluasan 204 kaki persegi. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan aplikasi Trip.com dan harga yang ditawarkan ialah RM180.10 (kebiasaannya saya menggunakan aplikasi Booking.com tetapi harga di Trip.com lebih murah). Kali ini saya hanya membuat tempahan di saat2 akhir, oleh itu harganya sedikit mahal dari kebiasaan.
Dengan keluasan hanya 161 kaki persegi, biliknya memang kecil. Terdapat satu katil king serta rak unutuk menempatkan barang2. Tidak terdapat almari di hotel ini. Hotel ini hanya menyediakan air mineral dan tiada kopi disediakan (kerana hotel ini tidak menyediakan cerek letrik). Biliknya berkonsepkan hijau gelap dan juga warna tembaga (copper). Bilik airnya juga agak kecil menempatkan sinki, tandas dan juga shower, tetapi selesa. Seperti biliknya, bilik air juga cantik berkonsepkan warna tembaga. Bilik yang saya inap tidak mempunyai view, di mana ianya mengadap ke bilik yang lain.
Hotel ini menyediakan TV yang agak besar (mungkin 50 inci). Walaupun semua siarannya dalam bentuk HD, tidak banyak siaran yang boleh ditonton oleh pengunjung. Oleh kerana bilik di hotel ini merupakan bilik kedap bunyi, jadi pengunjung mempunyai sedikit masalah dengan line telefon bimbit yang agak tidak stabil. Walau bagaimanapun, hotel ini ada menyediakan wifi secara percuma di mana kelajuan internet boleh mencapai 100mbps.
Hotel ini sesuai untuk couple dan tidak begitu sesuai untuk famili memandangkan biliknya yang kecil serta tidak mempunyai pool atau pun bathtub. Jika pengunjung ingin bersiar2 sekitar Jalan TAR, hotel ini mungkin sesuai kerana lokasinya yang terletak di tengah2 Kuala Lumpur serta berdekatan pula dengan Kompleks membeli belah SOGO dan juga Kompleks Pertama.
Bilik
Bilik Air
Koridor
Lobi
Restoran
Dari Luar
Comments