Ini merupakan kali ketiga saya bermalam di hotel ini yang terletak di Jalan Putra, berhadapan dengan bangunan PWTC. Hotel ini dulunya dikenali sebagai The Legend tetapi setelah Sunway Group mengambil alih, ianya ditukar kepada Sunway Putra Hotel. Di sebelahnya terdapat Sunway Putra Mall (dulunya dikenali sebagai Yaohan Plaza).
Jika kali pertama dahulu saya memilih deluxe room, kali kedua junior suite, kali ini pula saya memilih family studio. Biliknya memang luas iaitu lebih 700 kaki persegi. Mempunyai 2 bahagian iaitu ruang tamu dan juga bilik. Di ruang tamu menempatkan satu sofa, meja makan kecil, meja untuk study dan juga satu single bed. Di dalam biliknya pula terdapat satu katil king size. Bilik ini terdapat 2 bilik air. Bilik air pertama bercantum dengan bilik tidur manakala bilik air keduanya agak kecil terletak di lorong ke bilik tidur dan tidak mempunyai shower. Bilik air utama memang luas menempatkan bath tub, toilet dan shower.
Bilik yang saya inap ini adalah antara bilik yang asal sejak The Legend lagi. Oleh itu interiornya memang sangat lama. Perabutnya memang sudah lama dan old skool. Sesiapa yang inginkan bilik yang luas memang sesuai menginap di sini, tetapi yang mementingkan interior yang cantik dan moden, bilik ini bukanlah pilihan yang sesuai.
Satu perkara yang saya suka berkenaan Sunway Putra Hotel ini ialah makanannya yang sedap. Selain itu restorannya juga beroperasi 24 jam, jadi kita boleh memesan makanan pada bila2 masa bergantung kepada menu yang telah disediakan. Makanan yang kita pesan akan dihantar ke bilik memandangkan sekarang masih berada di fasa PKP. Sarapan pula disediakan di tingkat 9 (separas dengan lobi) dan pengunjung diminta untuk mengambil sarapan masing2. Menu sarapan juga akan diberi kepada pengunjung sehari sebelumnya untuk memilih menu mana yang mereka kehendaki.
Untuk dinner malam pertama saya memesan salad dan sop cendawan. Sarapan pada hari pertama pula saya memilih menu bubur nasi. Untuk dinner malam kedua saya memesan pizza dan mee goreng mamak. Sarapan untuk hari kedua saya memilih nasi lemak. Kesemuanya sedap bagi saya. Selain makanannya yang sedap harganya juga tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan hotel2 yang lain.
Room
Bathroom
Food
Comments