top of page
Search

Sunway Putra Hotel (23-24/10/21)

  • hanuds
  • Oct 25, 2021
  • 1 min read

Ini merupakan kali keenam saya ke sini, hotel favorite kerana lokasinya serta makanannya yang sedap. Hotel yang terletak di Jalan Syed Putra di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini dahulunya dikenali sebagai The Legend. Setelah diambil alih oleh Sunway Group, namanya ditukar kepada Sunway Putra Hotel. Di sebelahnya pula terletak Sunway Putra Mall yang juga dimiliki oleh Sunway Group.


Kali ini saya memilih Deluxe Room, bilik yang sama saya inap pada 14/8/21 lepas. Bilik ini merupakan Deluxe Room yang paling besar terletak di hotel ini. Biliknya memang luas menempatkan satu katil queen, satu sofa serta meja study. Bilik airnya agak kecil menempatkan tandas, sinki dan juga shower. Walaupun biliknya luas, bilik jenis ini tidak mempunyai balkoni (terdapat Deluxe Room di hotel ini yang mempunyai balkoni). Bilik ini berharga RM99.50, dibeli terus melalui website hotel sempena sales pada 9.9 yang lepas.


Bilik



View dari bilik



Suka2



 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2020 by Bumi dipijak langit dijunjung. Proudly created with Wix.com

bottom of page