Hotel ini terletak di Jalan Putra Kuala Lumpur, dahulunya dikenali sebagai The Legend. Di hadapan hotel ini terletak bangunan PWTC, sementara di sebelahnya terletak pusat membeli belah Sunway Putra Mall (dahulunya dikenali sebagai The Yaohan).
Kali kedua menginap di sini, kali pertama pada Januari 2021, semasa itu menginap di bilik deluxe. Kali ini saya memilih Junior Suite pula, berkeluasan 516 kaki persegi. Bilik airnya juga agak luas dan mempunyai bath tub. Interior bilik ini agak lama (mungkin dari hotel The Legend dahulu). Biliknya mempunyai balkoni yang mengadap pool dan Kuala Lumpur. Pemandangan dari balkoni memang cantik.
Restoran di hotel ini beroperasi 24 jam. Kita boleh memesan makanan pada bila2 masa bergantung kepada menu yang disediakan. Harga makanan di hotel ini tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan sesetengah hotel. Rasanya juga sedap.
Bilik
View
Lunch
Dinner
Breakfast
Comments