Ini merupakan kali ketujuh saya menginap di hotel ini, hotel yang terletak di Jalan Syed Putra Kuala Lumpur. Di hadapannya terletak Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ini adalah antara hotel kegemaran saya kerana lokasinya yang terletak bersebelahan Sunway Putra Mall serta makanannya yang sedap serta tidak terlalu mahal.
Kali ini saya menginap di bilik jenis deluxe yang interiornya lain dari bilik deluxe yang saya pernah inap sebelum ini. Jika bilik deluxe sebelum ini berkonsepkan warna biru, kali ini saya menginap di bilik deluxe yang berkonsepkan warna oren. Biliknya sangat besar (bagi yang jenis deluxe). Menurut staff hotel ini, bilik ini asalnya adalah club house di hotel ini yang telah ditukar kepada jenis deluxe. Biliknya sangat luas menempatkan satu katil king, satu sofa, satu meja kecil di hadapan sofa serta satu meja study. Walau bagaimanapun bilik airnya agak kecil menempatkan sinki, tandas dan juga shower. Tiada bathtub untuk bilik jenis ini. Biliknya juga mempunyai cermin yang besar di lorong masuk serta di pintu almari.
Selain biliknya yang besar, bilik yang saya inap ini juga mempunyai balkoni. Oleh kerana bilik ini terletak di tingkat 21, pemandangan ke arah Kuala Lumpur sangat cantik. Selain mengadap ke arah Kuala Lumpur, balkoni bilik ini juga mengadap ke pool yang terletak di tingkat 11. Pool di hotel ini agak besar serta terdapat juga pool untuk kanak2 tetapi sangat kecil.
Untuk tontonan pengunjung pula, bilik ini menyediakan TV LCD yang besar berukuran 55 inci. Siarannya agak banyak dan kesemua siarannya adalah dalam bentuk HD. Untuk bilik air pula, tekanan air adalah kuat dan sangat berpuas hati.
Untuk kali ini saya membayar sejumlah RM99.50, dibeli terus dari website hotel sempena sales pada 9.9 lepas.
Bilik
Bilik Air
Koridor
View
Pool
Comments