Ini merupakan kali keempat saya menginap di hotel ini. Dahulunya dikenali sebagai The Legend, terletak di hadapan bangunan PWTC. Di sebelahnya terdapat Sunway Putra Mall yang dahulunya dikenali sebagai Yaohan Plaza.
Kali ini saya memilih deluxe room (double bed). Saya bernasib baik kerana mendapat bilik yang paling besar (lebih 500 kaki persegi, standard deluxe room hanya 430 kaki persegi). Bilik ini memang luas tetapi tidak terdapat balkoni. Walaupun biliknya luas tetapi bilik airnya kecil dan tidak mempunyai bath tub. Harga yang saya dapat hanyalah RM119.70 (tidak termasuk sarapan).
Ada dua sebab mengapa saya suka menginap di hotel ini. Pertama ialah harga biliknya yang murah dan yang kedua disebabkan makanan yang terdapat di hotel ini memang sedap. Bukan sahaja sedap, harga makanan yang terdapat di hotel ini juga tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan hotel2 yang lain. Selain itu juga, restoran di hotel ini beroperasi 24 jam, jadi senanglah untuk pengunjung memesan makanan pada bila2 masa bergantung kepada menu yang telah disediakan.
Untuk kunjungan kali ini saya tidak mengambil sarapan. Untuk lunch saya memesan nasi goreng dan untuk dinner saya hanya memesan buah-buahan. Oleh sebab masih lagi di fasa 1 PKP, makanan yang dipesan akan dihantar ke bilik.
Room
Bathroom
View from room
Comments