Disebabkan saya ingin berbuka puasa di sini, alang2 saya mengambil keputusan untuk sekali lagi menginap di sini. Ini merupakan kali kedua saya ke sini, kali pertama ialah pada 22 Januari yang lepas. Hotel ini terletak di Bukit Damansara iaitu di Jalan Damanlela.
Hotel ini sebenarnya antara hotel yang saya suka. Bukan sahaja interior hotelnya yang cantik dan nampak moden, ianya juga disebabkan biliknya yang besar dan mempunyai bathtub walaupun harganya tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan hotel2 4 atau 5 bintang yang lain. Melalui trip.com, saya menempah bilik jenis Luxury King yang berharga RM287.50.
Saya tiba di hotel kira2 pukul 1.00 tengahari dan terus sahaja ke kaunter untuk check-in. Disebabkan saya telah pun membayar harga bilik secara online, saya tidak perlu menunggu lama, di mana saya hanya perlu menandatangani satu borang dan selepas itu diberikan kad akses untuk ke bilik. Hotel ini mempunyai banyak lif dan oleh kerana orang tidaklah ramai semasa saya tiba, saya tidak perlu menunggu lama untuk ke bilik saya yang terletak di tingkat 13.
Walaupun bilik yang saya tempah adalah sama jenis dengan bilik semasa pertama kali ke sini, kali ini saya bernasib baik kerana di berikan bilik yang terletak di sudut hotel (corner lot). Oleh itu rekabentuk bilik dan juga aturan perabutnya adalah berlainan dengan bilik biasa walaupun saya rasa keluasannya adalah hampir sama. Biliknya nampak lebih mewah dan cantik jika dibandingkan dengan bilik yang bukan corner lot. Memasuki bilik terdapat dinding bercermin besar di sebelah kanan sementara bilik air adalah di sebelah kiri. Pintu bilik air adalah jenis gelongsor yang boleh dibuka dengan luas (dan boleh juga dikunci). Selepas itu di bahagian bilik terdapat 2 rak almari bagi menempatkan pakaian serta barang2. Di sebelahnya pula terdapat satu meja study dan juga satu kerusi serta lampu study diletakkan di atas meja. Meja study ini saiznya agak besar.
Kemudian di kiri iaitu di tengah2 ruang bilik diletakkan satu katil king. Di kaki katil terdapat dinding di mana dilekatkan TV bersaiz besar (mungkin 55 atau 60 inci). Semua siarannya adalah dalam bentuk HD dan jumlahnya agak banyak juga. Di kiri katil pula terdapat satu sofa panjang yang agak besar diletakkan di bahagian tepi cermin tingkap serta satu meja bulat kecil di hujungnya. Di antara meja study dan TV, terdapat satu kabinet kecil yang menempatkan satu peti ais mini dan juga perkakas untuk membancuh kopi. Hotel ini ada menyediakan pembancuh kopi yang diletakkan di atas rak ini. Memandangkan bilik ini adalah unit yang terletak di corner lot, tingkapnya adalah di 2 sudut dan langsirnya adalah luas. Untuk view pula, bilik yang saya inap ini mengadap ke MRT Semantan.
Bilik air pula, walaupun saiznya tidaklah terlalu besar, ianya menempatkan juga bathtub selain sinki dan juga tandas serta ruang untuk shower. Saiz bathtub tidaklah besar dan ruang untuk shower juga agak luas. Tandasnya pula tidak menyediakan saluran paip dan hanya menggunakan mangkuk tandas yang mempunyai semburan dari dalam sahaja. Kedua2 ruang shower dan tandas mempunyai pintu cermin tetapi tidak boleh dikunci. Tekanan air untuk shower adalah kuat.
Hotel ini mempunyai pool yang terletak di tingkat 3 hotel. Poolnya adalah terbuka dan mempunyai rekabentuk yang cantik. Saiznya agak luas di mana terdapat juga pool untuk kanak2. Di sebelah pool terdapat satu restoran dan di tepi pool di tingkat yang sama terdapat pula gimnasium dan juga spa. Di dalam bilik saya menguji wifi percuma dan kelajuannya adalah 8mbps sementara Celcom pula 82mbps dan Tune Talk sedikit perlahan hanya berkelajuan 53mbps.
Untuk majlis berbuka puasa pula, ianya berharga RM128 untuk dewasa tetapi bermula dari 11/4/22 harganya akan menjadi RM178. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya makan di hotel ini. Iftar diadakan di restoran hotel yang terletak bersebelahan lobi (perlu menaiki tangga untuk ke restoran). Makanan yang disediakan sangat banyak dan sangat pelbagai. Dari masakan melayu ke masakan India seterusnya masakan ala barat. Dekorasi ruang lauk pauk adalah cantik dan tidak dipusatkan di satu2 sudut sahaja menjadikan ianya tidak kelihatan padat, memudahkan pengunjung untuk mengambil makanan. Meja makan yang disediakan juga banyak dan agak jarak antara satu sama lain. Sambil menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung dihiburkan dengan alunan gamelan secara langsung. Secara peribadi saya suka dengan makanan2 yang disediakan di mana kesemua makanan yang saya sempat cuba adalah sedap.
Untuk sahur pula saya memesan menu american breakfast.
Bilik
Bilik Air
View dari bilik
Pool
Iftar
Sahur
Comments