Kali kedua saya ke hotel ini. Ini adalah antara hotel yang saya suka. Bukan sahaja biliknya yang besar dan selesa, hotel ini juga mempunyai interior yang cantik di lobi dan juga persekitaran hotel. Selain itu poolnya juga mempunyai lanskap yang cantik. Pada kali ini saya menempah bilik melalui aplikasi Marriott Bonvoy yang berharga RM534.29 untuk 2 malam tanpa sarapan (promosi tambahan 1,000 mata untuk satu malam dan juga tambahan satu malam). Hotel ini terletak berhampiran dengan Kampung Baru, iaitu di Jalan Sultan Ismail. Bangunan hotel ini betul2 terletak di hadapan Quill City Mall.
Saya tiba di hotel kira2 pukul 2.30 petang dan terus sahaja ke kaunter. Proses check-in adalah cepat dan sebaik sahaja diberi kad akses saya terus sahaja menaiki lif ke tingkat 26. Memasuki bilik terdapat lorong di mana sebelah kiri berdinding cermin dan selepas itu terdapat satu pintu ke bilik bersebelahan (connecting room). Di tepi pintu itu terdapat satu kabinet yang menempatkan satu peti ais mini berserta cerek letrik dan juga perkakas untuk membancuh kopi. Bilik air terdapat di sebelah kanan dan bersebelahan dengan pintu bilik air terdapat satu bilik kecil yang menempatkan rak untuk menyangkut baju dan meletakkan barang2.
Saya memilih bilik dengan katil king. Bilik ini agak besar berkeluasan 451 kaki persegi. Selain katil king, bilik ini menempatkan satu sofa kecil dan juga satu meja bulat sederhana besar serta satu kerusi. Tidak terdapat meja study di bilik ini. Seperti hotel yang lain, TV dilekatkan di dinding di mana saiznya agak besar, mungkin 50 inci. Tidak banyak siaran yang disediakan dan siarannya pula bukanlah dalam bentuk HD.
Bilik air hotel ini agak besar, menempatkan sinki di sebelah kanan dan bathtub di sebelah kiri. Selepas itu ruang untuk tandas dan juga ruang untuk shower. Di ruang tandas disediakan salur paip untuk kemudahan pengunjung. Saiz bathtub agak besar tetapi ruang untuk shower agak sempit. Tekanan air di bilik air adalah kuat.
View bilik saya pada kali ini mengadap ke Kampung Baru iaitu ke arah Quill City Mall. Untuk makan tengahari saya memesan nasi goreng kampung berharga RM36 dan untuk makan malam pula saya memesan roti nan yang berharga RM22. Kedua2nya sedap bagi saya. Proses check-out pula cepat dan hanya memerlukan saya memulangkan kad akses ke kaunter.
Pada kali ini saya tidak pergi ke pool dan berjalan2 sekitar hotel, hanya berehat di dalam bilik sahaja. Jika pembaca ingin melihat gambar persekitaran hotel dan juga pool, sila baca review hotel ini pada review saya yang lepas.
Bilik
Bilik Air
View
Comments