Dari Bukit Bintang saya terus sahaja ke Chow Kit untuk ke satu lagi hotel yang kembali beroperasi setelah ditutup buat sementara. Jika Grand Millennium ditutup kepada awam kerana dijadikan pusat kuarantin, hotel ini ditutup kerana proses pengubahsuaian (renovation). Hotel ini terletak di Jalan Sultan Ismail bersebelahan dengan Kampung Baru, betul2 di hadapan Quill City Mall.
Hotel ini kembali dibuka pada 1 December yang lepas. Menerusi aplikasi booking.com saya telah memilih bilik jenis Guest Room yang berharga RM253 (tanpa sarapan). Saya tiba di hotel kira2 pukul 12 tengahari dan orang agak ramai pada masa itu (kebanyakannya untuk proses check-out pada hari itu). Setelah beratur kira2 10 minit saya mendaftar di kaunter dan diberitahu bilik hanya akan siap pada pukul 3 petang (Menurut staff di sini, bilik telah habis ditempah pada 11 December).
Pada pukul 3 petang saya kembali semula ke hotel dan bilik telah pun siap. Setelah mengambil kad akses saya terus menaiki lif ke tingkat 29. Lif di hotel ini agak banyak dan cepat. Memasuki bilik seperti hotel2 yang lain terdapat bilik air di pintu masuk iaitu di sebelah kiri. Di dinding lorong sebelah kanan pula terdapat satu cermin besar dan satu kabinet yang menempatkan peti ais dan juga cerek letrik serta cawan beserta kopi.
Saya memilih bilik yang mempunyai katil king. Selain itu terdapat juga satu sofa kecil di tepi tingkap untuk pengunjung berehat. Tidak seperti kebiasaan hotel2 yang lain, hotel ini tidak menyediakan meja study tetapi satu meja bulat yang sederhana besar untuk pengunjung melakukan kerja2 pejabat dan juga makan serta minum di dalam bilik. Satu kerusi disediakan beserta satu lampu study yang diletakkan di sebelah meja. Bilik yang saya inap mengadap ke AKLEH serta Menara Kuala Lumpur.
Bilik air pula agak besar menempatkan sinki, tandas, ruang untuk shower dan juga bathtub yang agak besar saiznya. Seperti hotel2 yang lain, kelengkapan bilik mandi adalah lengkap disediakan. Tandasnya mempunyai bidet tetapi ruang untuk shower agak kecil. Di antara katil dan bilik air pula terdapat satu ruang kecil menempatkan rak untuk pengunjung menyimpan pakaian. Di sini juga terdapat satu sterika letrik dan juga satu penimbang. Hotel ini juga ada menyediakan bathrobe yang agak selesa bila memakainya.
Hotel ini menyediakan LCD TV yang besar (saya rasa mungkin dalam 55 atau 60 inci). Banyak juga siaran yang boleh ditonton oleh pengunjung walaupun siaran yang disediakan bukanlah dalam bentuk HD. Untuk wifi percuma pula, ianya mencapai kelajuan 31mbps. Telco pula agak perlahan di mana Tune Talk hanya mencapai kelajuan 48mbps semasa saya mengujinya di awal pagi. Di dalam bilik air pula, tekanan air adalah sangat kuat dan ini adalah antara hotel yang saya suka mandi di showernya.
Pool hotel ini terdapat di tingkat 5 dan terbuka. Lanskap dan susunan kerusi2 di pool ini sangat cantik. Poolnya agak besar dan mempunyai kedalaman 1.4 meter. Tidak terdapat pool untuk kanak2 di hotel ini. Selain pool, di sini juga terdapat restoran tetapi tidak beroperasi disebabkan pandemik Covid-19 ini
Untuk sarapan pula, hotel ini ada menyediakan sarapan yang berharga RM58++ untuk seorang. Sarapan disediakan di restoran yang terletak di tingkat 1 bangunan hotel. Menu yang disediakan sangat banyak dan sedap bagi saya (saya hanya makan beberapa menu sahaja).
Selain biliknya yang besar, poolnya yang cantik, hotel ini mempunyai interior yang sangat cantik bagi saya. Hampir keseluruhan hotel mempunyai rekabentuk yang unik dan klasik. Hotel ini mempunyai banyak tangga, di mana setiap tangga itu mempunyai rekabentuk yang cantik. Ruang lobi agak besar dan mempunyai banyak sofa2 untuk pengunjung berehat. Hotel ini tersenarai antara hotel2 yang saya gemar.
The Room
The Bathroom
View from Room
The Pool
The Food
The Hotel
コメント