top of page
Search
hanuds

Shangri-La Hotel (2-3/10/21)

Staycation kali ini saya memilih satu hotel yang saya rasa semua orang tahu. Hotel ini terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Ini adalah antara hotel terawal yang beroperasi di Kuala Lumpur, iaitu sejak April 1985. Dimiliki oleh orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok atau lebih dikenali sebagai Raja Gula.


Saya memilih Executive King Room melalui booking.com yang berharga RM312.37 (tanpa sarapan). Biliknya memang besar berkeluasan 419 kaki persegi. Bilik airnya agak besar dan mempunyai bathtub. Interior hotel ini memang lama, mungkin sejak mula beroperasi lagi. Walaupun interiornya lama tetapi ianya diselenggarakan dengan begitu baik. Masih kekal cantik segala perabut yang terdapat di dalam bilik serta kawasan hotel yang lain. Bilik yang saya inap ini mengadap ke Jalan Sultan Ismail (mengadap ke Concorde Hotel).


Lobi hotel juga sangat besar dan cantik. Tidak hairanlah hotel ini antara hotel yang eksklusif pada suatu masa dahulu. Di lobi juga terdapat restoran yang agak terbuka yang cantik susunannya. Hotel ini mempunyai pool yang terletak di tingkat 2 yang dibuka dari jam 7 pagi hingga 8 malam (juga terdapat pool untuk kanak2). Lanskap di kawasan pool agak cantik dan dijaga dengan agak baik. Gym dan perkhidmatan spa juga terdapat di hotel ini.


Satu yang saya agak tidak berpuas hati ialah TV nya yang kecil (hanya 32 inci) dan sudah lama, di samping chanelnya tidak HD. Dari segi internet, wifi pula memang laju kerana menggunakan TIME broadband, yang boleh mancapai kelajuan 46/43mbps.


Kali ini untuk lunch, saya memesan nasi goreng kampung yang berharga RM47. Dihantar ke bilik bersama meja makan (ini kali kedua saya mendapat servis begini, kali pertama bila di Banyan Tree).



Lobby



Room



View from Room



Pool



Lunch



Suka2



483 views0 comments

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page