Residence ini terletak di Jalan Raja Muda berhampiran persimpangan Jalan Tun Razak. Mempunyai beberapa blok dan mengadap ke Kampung Baru. Kali ini bilik yang disewa ialah apartment satu bilik. Biliknya agak besar, mempunyai ruang tamu dan ruang makan serta dapur. Mempunyai 2 bilik air, satu di dalam bilik tidur dan satu di luar berhampiran dengan ruang makan.
Kolamnya terletak di tengah2 bangunan dan mengadap ke KLCC.
Pada malamnya makan malam di Restoran Arab Sahara Tent yang terletak berhampiran dengan Jalan Ampang.
View dari residence ini sememangnya sangat cantik sebab betul2 mengadap Kampung Baru dan Bandaraya Kuala Lumpur.
Comentários