top of page
Search
hanuds

Royale Chulan Kuala Lumpur (28-29/5/22)

Updated: May 30, 2022

Minggu ini saya ke satu hotel yang telah hampir 10 tahun beroperasi di Kuala Lumpur. Ianya mula beroperasi pada 17 March 2013. Hotel ini terletak di Jalan Conlay bersebelahan dengan Kompleks Kraf dan berhampiran juga dengan pusat membeli belah Pavilion.


Melalui trip.com, bilik superior yang saya tempah ini berharga RM189.00 (tanpa sarapan). Saya tiba di hotel tepat pukul 3.00 petang (iaitu waktu yang diberikan untuk check-in). Saya terus sahaja ke kaunter yang terletak di lobi hotel. Hotel ini mempunyai lobi yang besar. Tidak ramai pengunjung pada masa saya tiba dan proses check-in hanya beberapa minit sahaja. Setelah diberi kad akses, saya terus sahaja ke bilik saya yang terletak di tingkat 3 hotel. Terdapat 5 lif di hotel ini dan oleh kerana pengunjung tidaklah ramai, saya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan lif dengan cepat.


Hotel ini mempunyai lorong ke bilik yang agak cantik bertemakan warna putih. Memasuki bilik terdapat bilik air di sebelah kiri dan selepas itu terdapat almari yang bertutup untuk menyimpan pakaian. Di sebelah kanan pula terdapat satu kabinet yang menempatkan satu peti ais mini dan juga perkakas untuk membancuh kopi dan teh. Di atas kabinet ini digantung pula TV LCD yang kecil, di mana saiznya saya kira mungkin hanya 29 ataupun 32 inci. Saya memilih bilik yang mempunyai katil king, di mana disebelahnya terdapat satu sofa dan juga satu meja bulat kecil untuk pengunjung berehat sambil menonton TV. Seperti hotel2 yang lain, terdapat satu meja study yang agak besar disediakan serta satu kerusi untuk pengunjung melakukan kerja2 pejabat. Bilik superior ini agak luas kerana mempunyai keluasan 430 kaki persegi.


Bilik air hotel ini agak unik kerana dipisahkan dengan dinding yang mempunyai tingkap yang boleh dibuka dan tidak boleh dikunci. Pintu bilik air adalah jenis gelongsor tetapi boleh dikunci dari dalam. Bilik airnya agak luas menempatkan sinki, bathtub, tandas dan juga tempat untuk shower. Tandas dan tempat shower ditutupi cermin tetapi berlainan jenis. Tandas mempunyai cermin yang tidak lutsinar manakala tempat showernya pula seratus peratus lutsinar. Saya mengandaikan yang cermin untuk shower baru sahaja ditukar baharu. Terdapat gelung paip disediakan di ruang tandas hotel ini. Bathtub pula sederhana besar dan betul2 terletak di tepi tingkap bilik air mengadap ke katil.


Pabila memasuki bilik seperti biasa saya akan memasang semua lampu yang ada. Terdapat hanya 2 lampu di siling iaitu di kepala katil, lampu2 yang lain semuanya jenis lampu tidur (kecuali di bilik mandi). Ada 3 peralatan yang tidak berfungsi ketika saya tiba. Yang pertama ialah lampu di atas meja study, keduanya ialah TV tidak boleh dibuka dan yang terakhir telefon yang langsung tidak mempunyai tone (saya ingin memesan makanan untuk makan tengahari dengan menggunakan telefon bersebelahan katil tanpa menyedari terdapat satu lagi telefon di atas meja study). Saya menggunakan telefon bimbit saya untuk menelefon room servis dan memberitahu pihak hotel tardapat 3 peralatan yang tidak berfungsi. Dalam masa yang sama saya membuat tempahan makanan untuk makan tengahari. Pekerja tiba agak cepat, kurang dari 20 minit untuk membaiki lampu dan juga TV. Saya diberitahu TV memerlukan remote baharu. Selepas saya membuat panggilan ke room servis, hanya beberapa minit sahaja pekerja tiba untuk menukar remote.


Hotel ini mempunyai pool di tingkat 2 dan kawasan poolnya sangat luas dan poolnya agak besar. Terdapat juga 2 pool untuk kanak2 di hotel ini. Poolnya adalah terbuka tetapi mempunyai lanskap yang agak biasa. Terdapat juga gimnasium dan SPA di tepi pool. Pool di buka pada pukul 7 pagi sehingga 8 malam. Hotel ini juga mempunyai parking percuma.


Untuk wifi pula, ianya agak laju dengan 19mbps. Celcom pula mempunyai kelajuan 98mbps sementara Tune Talk pula 73mbps. Untuk TV pula, tidak banyak siaran yang disediakan dan siarannya bukanlah dalam bentuk HD. Tekanan air di bilik air pula sangat laju dan sangat berpuas hati. Hotel ini mempunyai dining room service 24 jam dan menu yang disediakan agak banyak tetapi agak mahal. Sebagai perbandingan, nasi goreng kampung yang saya pesan untuk makan tengahari berharga RM49.80 (termasuk tax).


Untuk bayaran RM189.00 semalam dan dengan keluasan biliknya yang agak besar serta mempunyai bathtub, saya rasa hotel ini berbaloi dengan harganya. Selain itu lokasinya juga sangat strategik di mana hotel ini terletak di belakang pusat membeli belah Pavilion (hanya berjalan kaki beberapa minit sahaja). Di malam hari pengunjung boleh makan di food truck 'Lapark' yang betul2 terletak bersebelahan hotel (antara hotel dan Pavilion). Walaupun perabut2 yang ada kelihatan lama tetapi ianya diselenggarakan dengan agak baik. Kebersihan hotel ini juga memuaskan. Cuma satu sahaja yang saya sedikit tidak berpuas hati ialah airconnya yang sedikit bising walaupun sejuk.



Bilik



Bilik Air



Lif



Lobi



Pool



Possing



185 views0 comments

ความคิดเห็น


Post: Blog2_Post
bottom of page