Ini merupakan kali ketiga menginap di hotel ini. Hotel ini terletak berhampiran LRT Dang Wangi, bersebelahan dengan Hotel The Stripes. Tujuan menginap kali ni sebenarnya sebab nak pergi Jakel Mall yang terletak kira2 hanya 400 meter dari hotel ini.
Memang suka stay di hotel ini, bukan sahaja disebabkan harganya yang murah (kali pertama saya stay di sini harganya di bawah RM100). Kali ini harganya RM100++ (termasuk sarapan pagi). Biliknya memang agak cantik berkonsepkan warna hitam dan merah. Kali ini saya dapat bilik yang mengadap ke Jalan TAR (mintak bilik mengadap ke KL Tower tak dapat).
Pool terletak di roof top, betul2 mengadap ke Menara Kuala Lumpur. Disebabkan pandemik ini sarapan dihantar ke bilik, kalau tidak sarapan diadakan di restoran yang terletak di roof top.
Bilik
View from room
Roof top
Comments