Hotel ini terletak di Jalan Conlay bersebelahan dengan Banyan Tree dan di belakang Pavilion di Bukit Bintang. Lokasinya memang strategik jika pengunjung ingin membeli belah di Pavilion Mall (jarak kira2 300 meter dari hotel). Selain hotel, residence juga terdapat di sini.
Lobinya terletak di ground floor dan agak luas. Di floor yang sama terdapat restoran yang juga agak besar. Lobinya agak simple dan mempunyai hanya 5 kaunter. Pertama kali saya ke sini, saya memilih bilik Grand Deluxe King yang mempunyai keluasan 581 kaki persegi.
Biliknya memang besar dan terletak di penjuru hotel. Jadi bilik ini mempunyai cermin yang panjang. Pabila masuk di sebelah kanan terdapat satu katil king. di sebelah kiri terdapat kabinet yang menempatkan TV yang besar (mungkin 60 inci). Di kaki katil terdapat satu sofa dan meja bulat kecil. Di hujung sudut terdapat satu meja study yang agak besar.
Selepas meja study ada satu ruang menempatkan satu cermin sebelum ke bilik kecil menempatkan rak2 dan juga penyangkut baju. Di sebelah kiri pula terletak bilik air yang sangat besar, menempatkan juga bathtub yang sederhana besar.
View bilik ini mengadap pool yang terletak di tingkat 10 (saya menginap di tingkat 18). Poolnya agak besar dan cantik. Di kawasan pool juga menempatkan satu cafe kecil betul2 mengadap ke Hotel Royal Chulan.
Lobi
Bilik
Bilik Air
View
Pool
Lunch
Comments