Hotel ini terletak di Bangsar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Pantai Baharu. Bilik yang saya inap ialah Deluxe King Room berkeluasan 376 kaki persegi. Biliknya agak luas dan mempunyai satu meja untuk melakukan kerja dan juga satu sofa. Bilik airnya juga besar dan mempunyai bath tub. Biliknya bersih dan mengadap ke jalan raya iaitu mengadap juga KL Gateway Mall. Bilik ini berharga RM176 (nett dan tidak termasuk sarapan).
Lunch time saya ambil in-room dining, nasi goreng kampung yang berharga RM31.70. Nasi nya memang sedap. Hotel ini juga menyediakan menu2 yang lain yang saya kira harganya amat berpatutan dan tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan sesetengah hotel.
Pool terletak di bawah dan semasa PKP ini ianya tidak dibuka kepada pengunjung.
Bilik
View dari bilik
Pool
Comments