Ada seorang kawan mengadu, dulu dia ada memberi hutang kepada seorang kawan tetapi sehingga sekarang hutang itu masih tertunggak. Puas diminta tetapi kawannya itu buat tak endah sahaja. Yang lebih menyakitkan hati katanya kawannya itu selalu update fb melancung ke sana sini, membeli itu dan ini, tetapi bila diminta untuk membayar hutang seribu alasan akan diberi. Kawan saya itu sampai stress memikirkan hutangnya itu.
Dia pun bertanya kepada saya, bagaimana saya nampak tenang sahaja sedangkan dia tahu saya juga memberi hutang kepada orang dan jumlahnya jauh lebih banyak dari dia. Lalu saya pun beri dia dua nasihat.
Pertama, jangan memberi hutang dengan duit yang kita hendak guna untuk keperluan kita. Duit susu anak ke, duit untuk membayar sewa rumah ke, duit untuk membeli keperluan lain ke, jangan. Kita beri hutang dengan duit yang kita tidak akan digunakan dalam masa terdekat, maknanya kalau tiada duit itu pun kita boleh hidup. Duit yang kita ada untuk membeli kehendak dan bukannya duit untuk kita membeli keperluan. Pernah suatu masa saya memberi hutang dengan duit yang saya kumpul untuk membeli kamera, saya sanggup beri sebab tanpa kamera pun saya masih boleh hidup.
Keduanya, jangan beri hutang kalau kita mengharapkan yang kita akan dapat kembali setiap sen yang kita dah beri. Tanam difikiran kita mungkin dapat kembali semua jumlah hutang yang kita dah beri, atau mungkin sebahagiannya sahaja, atau mungkin kita langsung tidak dapat walau sesen hutang yang kita dah beri itu. Maknanya jangan memberi hutang kalau kita tidak sanggup terima kenyataan yang hutang kita tidak akan dibayar sampai bila2.
Dia bertanya saya lagi, bagaimana saya nampak rilek aje bila orang tidak bayar semula hutang2 saya. Saya bagitau dia, bila saya memberi hutang kepada seseorang, saya tidak mengharap sangat yang orang itu akan membayar balik hutang saya. Saya memberi hutang sebab nak tolong orang lain, orang yang ditimpa kesusahan. Samada dia akan bayar atau pun tidak itu saya serah kepada Tuhan. Kalau ada rezeki saya dia akan bayarlah, kalau dia tak bayar semula tu maknanya takdela rezeki saya. Saya nasihatkan dia lagi, bila kita menolong orang, jangan harapkan orang yang sama akan menolong kita kembali, serahkan kepada Tuhan, Dia akan hantar orang lain untuk menolong kita pula. Tuhan akan beri kita dalam bentuk yang lain pula.
Kepada yang berhutang itu ingatlah bahawa membayar hutang itu hukumnya wajib. Rasulullah sangat benci orang yang berhutang sehinggakan baginda enggan menunaikan solat jenazah orang yang mati tetapi masih berhutang. Janganlah sampai di akhirat nanti kita susah disebabkan enggan membayar hutang semasa hidup di dunia. Jangan disebabkan dua tiga ringgit roh kita tergantung antara bumi dan langit.
Comments