top of page
Search
hanuds

Penang (25-27/6/22)

Kali ini saya ke Pulau Pinang dengan Airasia (tambang pergi balik RM36 untuk seorang) bersama seorang kawan. Kali ini saya memilih untuk bermalam di Hotel Royale Chulan selama 2 malam. Saya telah ulas berkenaan hotel ini pada review saya yang lepas. Oleh kerana penerbangan kami ialah pada hari Sabtu 24/6/22, pada hari Jumaat kami telah bermalam di Easy Hotel yang terletak di KL Sentral. Review hotel ini juga saya telah ulas pada review saya yang lepas.


Day 1


Kami check-out dari Easy Hotel pada kira2 jam 8 pagi dan terus bersarapan di Restoran Nasi Kandar yang terletak di NU sentral. Selepas bersarapan kami ke KL Sentral dengan menaiki ERL. Tambang bagi 2 orang ialah RM110. ERL berlepas ke KLIA2 pada pukul 9.30 pagi dan tiba di KLIA2 lebih kurang 40 minit kemudian. Buat masa ini ERL hanya beroperasi bagi yang transit, tidak ada ERL Ekspress.


Kami memasuki balai berlepas pada pukul 11 pagi. Penerbangan kami ialah pada pukul 12.50 tengahari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sejam kemudian. Sebaik keluar dari balai ketibaan, saya terus menempah grab untuk ke hotel dan harga dari lapangan terbang ialah RM24. Tiba di hotel kami pun berehat.


Pada petangnya kami keluar bersiar sekitar Padang Kota Lama dengan berjalan kaki sahaja. Kami makan di food court yang terletak di situ. Saya memesan char kway teow dan juga air batu campur sementara kawan saya telah memesan nasi ikan keli goring dan juga jus tembikai. Jumlah kesemua makanan serta minuman itu ialah RM39. Selepas itu kami bersiar2 di tepi pantai dan pulang semula ke hotel. Pada malamnya kami hanya memesan in-room dining servis di hotel. Kami memesan nasi goreng dan sup cendawan yang masing2 berharga RM28 dan RM20.



Day 2


Pada pagi hari kedua kami keluar agak lewat. Hajatnya ingin bersarapan nasi lemak yang agak terkenal yang terletak di belakang hotel sahaja, iaitu Ali Nasi Lemak tetapi gerai itu tidak dibuka. Kami mengambil grab untuk ke Plaza Gurney dan hanya bersarapan di situ. Tambang grab ke Plaza Gurney dari hotel ialah RM9. Di Plaza Gurney kami bersarapan di Secret Recipe, dan jumlah perbelanjaannya ialah RM57.95. Selepas bersarapan kami bersiar2 di mall dan kembali semula ke hotel dengan menaiki grab. Untuk ke hotel tambang grab ialah RM20.


Tiba di hotel kami berehat dan pada petangnya kami ke satu kafe yang agak terkenal di George Town, iaitu Pinwheel Resto Café. Cafenya sangat cantik dan bersih. Saya memesan ikan salmon sementara kawan saya memesan spageti tom yam. Makanannya sangat sedap dan begitu juga minumannya. Jumlah keseluruhan makan di situ ialah RM94.50. Selepas makan kami pun pulang ke hotel untuk berehat.



Day 3


Pada pagi hari ketiga kami bersarapan di satu gerai roti canai yang terkenal yang terletak di Transfer Road. Kami menaiki grab untuk ke situ dengan tambang RM6. Kami makan roti telur daging dan ayam yang berharga RM23 termasuk minuman. Kuahnya sedap tetapi agak pedas bagi saya. Selepas bersarapan kami berjalan kaki ke Pasar Chowrasta yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari gerai tadi.


Selepas bersiar2 di Pasar Chowrasta kami memasuki kedai Jeruk Pak Ali yang terkenal di Pulau Pinang ini. Gerainya juga terletak di sekitar pasar tersebut. Selepas membeli sedikit jeruk kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel dengan menaiki teksi. Tambangnya ialah RM10 (tidak menggunakan meter).


Tiba di hotel kami pun mengemas barang2 untuk ke lapangan terbang kerana penerbangan kami ialah pada pukul 3.05 petang. Kami chek-out dari hotel pada pukul 12 tengahari dan menaiki grab untuk ke lapangan terbang. Tambang grab ialah RM32.


Tiba di lapangan terbang kami memasuki balai berlepas pada pukul 1 ptg. Di dalam balai berlepas kami diberitahu bahawa penerbangan kami di tukar ke pukul 3.55 ptg. Kami terlebih dahulu makan di Starbucks yang terletak di situ. Kos untuk makan di sini ialah RM50.20. Pesawat kami tiba seperti mana yang dijadualkan tetapi hanya terbang ke KLIA2 kira2 pukul 4.30 petang kerana masalah sistem yang mengalami gangguan. Oleh itu pekerja terpaksa membuat pemeriksaan secara manual menjadikan penerbangan tertunda kira2 setengah jam. Kami tiba di KLIA2 kira2 50 minit kemudian.


Tiba di KLIA2 kami terus ke ERL dan membeli tiket untuk ke KL Sentral bernilai RM110 untuk 2 orang. Kami tiba di KL Sentral 40 minit kemudiannya.



Nota

Secara keseluruhan jumlah perbelanjaan kami berdua ke Pulau Pinang ialah RM633.65. Jika dicampur penginapan di Hotel Royale Chulan berjumlah RM389.61, jumlah keseluruhan perbelanjaan kami ialah RM1,023.26 (seorang menjadi RM511.63). Jika ditambah tiket penerbangan RM36 untuk seorang, jumlah perbelanjaan untuk trip ini bagi seorang ialah RM547.63.

96 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page