Trip ini merupakan trip terakhir sebelum PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 18/3/20. Pekanbaru ini terletak di daerah Riau, Sumatera Barat Indonesia. Kedudukannya yang mengadap Semenanjung Malaysia menjadikan ianya sangat hampir dengan Malaysia. Penerbangan hanya memakan masa lebih kurang 50 minit dari KLIA2. Harga tiket pun murah aje, RM95 return tapi aku dapat free (redeem bigpoint).
Tujuan ke Pekanbaru hanyalah untuk jalan2 sambil shopping. Pada asalnya kami berenam, so aku memang booking hotel untuk 6 orang (3 bilik). Last minit seorang dari kami tak dapat ikut serta, so tinggal lah kami berlima aje.
Hari pertama
Flight pada pagi Sabtu pukul 7.40. Kami berlima bergerak ke KLIA2 dengan satu kereta lebih kurang pukul 3 pagi. Lebih kurang pukul 4.15 pagi kami sampai di KLIA2. Sementara menunggu flight kami lepak di food court (ni memang port kami bila di KLIA2). Dalam pukul 6 pagi kami masuk ke ruang menunggu dan terbang ke Pekanbaru pada pukul 7.40 pagi sebagai mana yang dijadualkan.
Disebabkan jaraknya yang dekat, kami tiba di Pekanbaru kira2 pukul 7.35 pagi waktu tempatan (waktu Sumatera adalah lewat sejam dari waktu Malaysia). Laparkan sebab belum sarapan, kami singgah di Maxx Coffee yang terletak di airport Pekanbaru tu. Untuk pengetahuan kami memang favorite minum di sini kalau ke Indonesia. Bagi akula kan, kopi dia lagi sedap dari kopi Starbucks tu. Perut pun lapar, aku pun makanla roti sambil minum kopi dia yang sedap tu.
Selepas mengisi perut kami pun menaiki teksi ke Bandar Pekanbaru. Disebabkan kami berlima terpaksalah kami mengambil 2 teksi. Jarak dari airport ke Bandar Pekanbaru tu dekat aje, dalam 20 minit. Tambang teksi kira2 55K rupiah.
Kami sampai di Hotel Ameera kira2 pukul 9 pagi dan terus check-in. Memandangkan kami hanya berlima dan tidak berenam seperti asalnya, kami batalkan satu bilik dan digantikan dengan satu bilik yang ada extra bed. Bilik dia takla besar tetapi tidakla terlalu kecil. Kalau untuk 3 oarng tu masih lagi selesa.
Selepas mandi2, kami pun memulakan aktiviti kami di Pekanbaru. Ini sebanarnya aktiviti wajib bila aku dan kawan2 aku ke Indonesia, shopping. Bukan shopping apa, shopping kat butik Eiger. Mungkin ramai yang tak tahu dan tak pernah dengar jenama ni, tetapi jenama ni memang terkenal di Indonesia. Ia merupakan jenama buatan Indonesia yang mempunyai kualiti setaraf dengan jenama2 terkenal seperti Deuter, Adidas, Nike dan jenama terkenal yang lain. Sebenarnya ia lebih kepada barangan untuk outdoor. Beg2 Eiger ni memang cantik2lah, siapa aje yang pergi akan tertarik dengan design beg2 Eiger ni.
Selepas puas shopping kami pun pulang ke hotel. Cuaca panas lepas tu kena pulak aircond di dalam bilik apa lagi, mata pun mula layu la. Yang lain2 tu sempat juga lelap, aku macam biasalah susah nak tidur kalau travel ni. Perut lak lapar. Malas nak keluar aku order aje dari hotel, tapi punyala lama tunggu, adalah sejam kot. Last2 sampai lah juga apa yang aku order. Apa lagi ngap terusla, tengah lapar kan. Kawan aku yang dua orang tu lena dah.
Di petangnya kami bersiar2 aje di sekitar hotel. Pada malam tu kami makan malam di bawah hotel tempat kami tinggal. Di situ ada gerai menjual lontong. Lontong yang dijual di situ lain sedikit dari lontong yang ada kat Malaysia. Diletaknya pucuk paku (lontong pakis) atau nangka (lontong nangka). Rasanya memang sedap. Sampai sekarang aku masih teringat lagi kat lontong pakis ni.
Hari kedua
Hari kedua kami meneruskan aktiviti shopping kami. Biasanya di bandar2 di Indonesia butik Eiger ni banyak, so kami pergi dari satu butik ke satu butik. Kami hanya mengambil grab car aje, yang mudah didapati di Pekanbaru, harganya pun murah. Pada hari kedua ini kami hanya makan tengahari di hotel aje sebab malas nak keluar dalam cuaca yang panas.
Pada petangnya kami bersiar2 di sekitar hotel. Pada malamnya kami makan malam di satu gerai yang terletak betul2 di hadapan hotel (seberang jalan). Kami makan ikan bakar. Memang sedap masakan dia dan harganya sangat murah (kira2 RM9 untuk seorang).
Hari ketiga
Flight kami pada pukul 8.00 pagi waktu Indonesia, so dalam pukul 5.30 pagi kami telah pun bertolak ke airport. Sampai di KLIA2 kira2 pukul 10.00 pagi waktu Malaysia. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sempat lagi kami singgah dan cuci mata di Mitsui Premium Outlet Sepang.
Comments