top of page
Search
hanuds

Pattaya (15-18/2/19)

Pattaya ini sememangnya dah lama menjadi tempat pelancungan yang popular di Thailand. Memandangkan tiada penerbangan terus Airasia dari Kuala Lumpur ke Pattaya, pelancung dari Malaysia akan terbang ke Bangkok dahulu sebelum menaiki kenderaan ke Pattaya melalui jalan darat. Dari Bangkok ke Pattaya jauhnya kira2 150 km atau 2 jam perjalanan. Sehinggalah Airasia memulakan penerbangan terus dari KLIA2 ke Pattaya, barulah keinginan tu ada untuk pergi melancung ke sini.


Trip kali ini disertai oleh 9 orang (sepatutnya seramai 10 orang, seorang tidak dapat ikut serta). Seperti biasa tiket penerbangan dibeli awal untuk mendapatkan harga yang murah. Tiket pergi balik dengan Airasia ialah RM182 dibeli pada bulan Ogos 2018 (kira2 6 bulan sebelum pergi).


Hari pertama


Kami menaiki bas dari KL Sentral ke KLIA2 pada pukul 11.30 pagi dan tiba di KLIA2 sejam kemudian. Seperti biasa kami makan tengahari dahulu di food court KLIA2 sebelum ke balai berlepas 2 jam sebelum penerbangan. Kami terbang ke Pattaya kira2 pukul 3.10 petang dan tiba di Pattaya International Airport pada pukul 4.10 petang waktu Thailand (sejam lewat dari waktu Malaysia).



Sampai sahaja di Pattaya International Airport kami pun menyewa sebuah van untuk ke hotel yang terletak kira2 50 km (sewa van ialah 2,500 baht). Kami tiba di hotel kira2 pukul 6 petang dan terus check-in. Kami mengambil 5 bilik (2 + 2 + 2 + 2 + 1) yang telah ditempah awal melalui booking.com. Kami pun mandi dan berehat di bilik sebelum keluar untuk makan malam.



Pada malam pertama kami di Pattaya kami memilih restoran Arab yang terdapat berhampiran dengan hotel. Memang agak susah mencari restoran halal di Pattaya ni. Yang ada pun kebanyakannya restoran Arab atau Pakistan. Biasalakan kalau makanan arab tu harganya agak mahal iaitu 2,000 baht untuk kami 9 orang.



Selepas makan malam kami pun berjalan di kawasan ‘Walking Street’ yang hanya terletak kira2 850 meter dari hotel tempat kami menginap. Memang meriah dan happening walking street ni. Kepada yang sukakan clubbing memang sini lah tempatnya.



Selepas itu kami terus ke jeti untuk melihat bandar Pattaya di waktu malam sebelum pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.



Hari kedua


Pada hari kedua kami bersarapan dahulu di satu gerai yang dipunyai oleh Pak Cik Zakaria. Dia boleh bertutur Bahasa Melayu, jadi senanglah untuk kami berkomunikasi. Gerai ini terletak lebih kurang 400 meter dari hotel.



Selepas itu kami memulakan aktiviti pertama kami di Pattaya iaitu ke Samea Beach yang terletak di Coral Island (Koh Larn). Untuk ke sini perlu menaiki feri ataupun speed boat. Oleh kerana feri agak sesak, kami mengambil keputusan untuk menyewa speed boat (2,500 baht). Perjalanan mengambil masa kira2 20 minit. Sampai di Samea Beach kami pun mencari port untuk kami berehat dan bersantai di tepi pantai. Samea Beach ini takla cantik sangat. Kalau dibandingkan dengan Pulau Perhentian atau Redang, jauh lebih cantik pantai dan air lautnya. Seperti biasa bermacam aktiviti ada disediakan tetapi kami hanya mandi manda dan bersantai aje sepanjang kami berada di pulau tersebut.



Kami pulang ke Pattaya semula kira2 pukul 3 petang. Sampai di hotel kami pun mandi dan berehat.


Malam kedua kami memilih untuk makan di satu gerai yang dipunyai oleh Kakak Fatima (beliau juga boleh berbahasa melayu). Gerainya agak kecil tetapi masakannya memang sedap. Pada malam tu kami makan tom yam dan sayur campur serta telur dadar. Sedap dan murah, hanya 540 baht aje untuk kami 9 orang.



Selepas makan malam kami pun pergi ke Pasar Malam yang terletak agak jauh dari kawasan hotel. Untuk ke sana kami menyewa teksi (lori yang telah diubahsuai). Tambang yang dikenakan ialah 400 baht untuk kami 9 orang. Pasar malam di sini takla besar sangat dan ada menjual bermacam2 barangan, kebanyakannya makanan. Selepas puas berjalan di pasar malam kami pun pulang semula ke hotel dengan teksi. Kali ini tambang yang dikenakan ialah 300 baht.



Sampai di hotel kami pun berehat dan tidur.


Hari ketiga


Kami memulakan hari ketiga dengan bersarapan di gerai Pak Cik Zakaria. Di hari ketiga ini kami menyewa sebuah van untuk bersiar2 di sektar Pattaya (sewa 2,850 baht). Tempat pertama yang kami tuju ialah Pattaya Viewpoint yang terletak di atas bukit. Dari sini kita dapat melihat bandar Pattaya dan laut, sangat cantik pemandangannya.



Selepas itu kami ke Big Buddha Temple (Wat Phra Khao Yai).



Selepas itu kami ke Pattaya Floating Market. Kononnya hendak melihat pasar terapung yang terkenal di Pattaya. Memandangkan tiket masuknya mahal, kami pun mengambil keputusan untuk tidak masuk ke situ dan pergi ke Outlet Mall untuk shopping.


Selepas puas shopping kami pun pergi ke Buddha Mountain (Khao Chi Chan). Ini merupakan lukisan buddha yang terletak di sebuah bukit.



Selepas itu kami pergi ke Silverlake yang merupakan taman bunga yang besar. Tiket yang dikenakan ialah 180 baht untuk seorang dewasa. Memang cantik kawasannya. Selain taman bunga di sini juga ada ditanam anggur untuk dijadikan wine. Lama juga kami di sini disebabkan kawasannya yang luas.



Dari Silverlake kami pergi makan tengahari di satu restoran halal yang terletak berhampiran dengan masjid. Makanan di sini memang sedap dan harganya agak mahal iaitu 1,800 baht.



Dah kenyang kami pun pergi ke Hard Rock Café Pattaya. Ianya terletak di kawasan Hard Rock Hotel. Selepas itu kami pulang ke hotel.



Pada malamnya kami ke Pattaya Night Bazaar untuk shopping barangan cenderahati. Untuk ke sini kami mengambil teksi (200 THB). Selepas itu kami pulang ke hotel, tetapi singgah dulu di gerai Kakak Fatima untuk makan malam (540 baht). Kami memberitahu Kakak Fatima untuk menyediakan masakan tengahari kami keesokannya.



Hari keempat


Pada hari keempat kami di Pattaya, kami makan tengahari agak awal di gerai Kakak Fatima seperti mana dijanjikan. Memang sedap masakan Kakak Fatima ni, dahla sedap murah pula tu. Bermacam2 menu yang kami tempah dan harganya cuma 1,200 baht.



Kami check-out selepas makan tengahari tetapi sempat juga berjalan2 di mall yang terdapat di sekitar hotel kami menginap tu.



Pada pukul 1.30 petang kami pun bertolak ke airport dengan menaiki van yang kami sewa dengan bayaran 1,800 baht. Kami terbang ke KLIA2 pada pukul 4.40 petang dan tiba di KLIA2 pada pukul 7.40 malam waktu Malaysia. Jumlah perbelanjaan kami di Pattaya ialah RM385 seorang (tidak termasuk flight).

35 views0 comments

Комментарии


Post: Blog2_Post
bottom of page