Staycation seterusnya saya memilih satu suite yang terletak di Bukit Bintang iaitu di Jalan Nagasari off Jalan Raja Chulan. Sebenarnya agak lama juga saya ingin menginap di sini tetapi terpaksa ditangguhkan, dan beberapa kali juga terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. Suite ini agak baru dan terletak di belakang Hotel Istana (yang telah pun memberhentikan operasinya) serta bersebelahan dengan satu residence yang dinamakan One Residence.
Lobinya terletak di tingkat bawah (ground floor) dan agak besar tetapi kaunternya hanya 3 sahaja. Di belakang kaunter terdapat restoran yang sekarang masih tidak dibuka untuk dine-in disebabkan pandemik ini (pengunjung perlu mengambil sarapan di sini). Saya sampai kira2 pukul 12.30 tengahari dan terus ke kaunter tetapi staff memberitahu yang bilik masih lagi belum sedia. Jadi saya pergi makan tengahari di restoran yang terletak di hadapan suite ini. Kira2 pukul 1.30 tengahari saya menerima whatsapp yang mengatakan bilik saya sudah sedia. Habis makan saya terus ke kaunter untuk mengambil kad. Bayaran RM100 diperlukan untuk deposit di suite ini.
Saya mendapat bilik di tingkat 11. Lif pula memang cepat mungkin disebabkan orang tidaklah ramai. Bilik yang saya pilih ialah jenis Studio Suite King yang mempunyai keluasan 602 kaki persegi. Melalui Booking.com saya membayar harga RM178.69 (tanpa sarapan). Memasuki bilik seperti biasa terdapat bilik mandi di sebelah kiri. Seperti kebanyakkan studio, biliknya memang luas. Terdapat katil king serta 2 sofa di bilik jenis ini. Di belakang kepala katil terdapat rak untuk tetamu menempatkan baju2 dan juga peralatan lain. Di hadapan katil pula terdapat rak menempatkan TV dan juga ruang untuk melakukan kerja2 pejabat (soket banyak disediakan di sudut ini).
Seperti suite yang lain, bilik ini lengkap dengan segala peralatan yang diperlukan untuk memasak. Terdapat dapur letrik dan juga microwave. Selain itu peti sejuk juga adalah besar (2 pintu) serta peralatan2 memasak yang lain turut disediakan bagi kemudahan tetamu (seperti di dalam gambar). Untuk view pula, bilik yang saya dapat ini mengadap ke Hotel Istana.
Apa yang lebih menarik tentang suite ini ialah poolnya yang bukan sahaja terdapat di rooftop, tetapi juga di tingkat 1. Pool di tingkat satu ini berkongsi dengan One Residence yang terletak bersebelahan. Pool di sebelah rooftop pula terletak di tingkat paling atas di mana pengunjung perlu naik ke tingkat 30 menggunakan lif dan sampai di tingkat 30 perlu pula menaiki tangga untuk ke rooftop. Pool di rooftop adalah lebih kecil dari yang terdapat di Tingkat 1. Pool dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.
Untuk tontonan tetamu pula, suite ini menyediakan TV LCD berukuran 40 inci. Siarannya pula tidakla HD dan tidaklah banyak pilihan. Untuk wifi percuma pula, kelajuan yang saya uji ialah 28mbps. Bilik air pula sederhana besar menempatkan sinki, tandas, shower dan juga bathtub. Tekanan air di suite ini sangat laju dan sangat puas hati. Suite ini sangat sesuai untuk famili kerana selain biliknya yang luas, terdapat 2 pool dan juga bathtub di bilik.
Bilik
Bilik Air
Peralatan
View
Pool (1st Floor)
Pool (Rooftop)
Comments