top of page
Search
hanuds

Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur (11-12/6/22)

Oleh kerana pada minggu ini saya mempunyai temujanji di Hospital Gleneagles Jalan Ampang, staycation seterusnya saya telah memilih satu hotel yang berdekatan dengan hospital tersebut. Jarak dari hospital ke hotel ini hanyalah kira2 1.1 km. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Ampwalk Mall, telah memulakan operasinya pada 31 Oktober 2016.


Saya menempah bilik melalui aplikasi trip.com dan telah memilih bilik jenis One Bedroom Deluxe Apartment dengan harga RM173.44 (tanpa sarapan). Saya tiba di hotel kira2 pukul 2.30 petang dan terus sahaja ke kaunter untuk proses pendaftaran. Hotel ini mempunyai lobi terbuka dan agak luas. Proses pendaftaran adalah cepat dan bayaran sebanyak RM150 dikenakan sebagai deposit. Setelah mendapat kad saya terus ke tingkat 6 dengan menaiki lif. Terdapat 3 lif di hotel ini dan masa untuk menunggu lif tidaklah lama memandangkan pengunjung tidaklah ramai pada masa itu.


Bilik yang saya pilih ini mempunyai keluasan 538 kaki persegi. Pabila pintu dibuka, terdapat ruang tamu yang agak besar di mana terdapat satu set sofa di hadapan TV LCD yang dilekatkan di dinding. TVnya agak besar bersaiz mungkin dalam 45 inci. Lantai ruang tamu diperbuat dari jubin dan hanya kawasan sofa sahaja yang diletakkan karpet. Terdapat satu meja kecil serta 2 kerusi diletakkan di dinding disebelah kanan pintu masuk dan disebelah kirinya pula terdapat kabinet panjang yang diletakkan perkakas dapur di dalam laci serta satu microwave di atasnya. Terdapat juga peti ais mini di dalam kabinet ini serta satu sinki untuk pengunjung membasuh perkakas dapur. Di atas kabinet ini juga diletakkan perkakas untuk membancuh kopi. Hotel ini tidak menyediakan air mineral percuma seperti kebanyakan hotel yang lain.


Di antara kabinet ini dan ruang untuk TV adalah pintu untuk ke bilik tidur. Saiz bilik tidurnya agak besar dan berlantaikan kayu tidak seperti ruang tamu. Bilik tidurnya juga mempunyai TV LCD bersaiz sama dengan di ruang tamu yang dilekatkan di dinding bertentangan katil. Di bawah TV terdapat kabinet panjang untuk pengunjung meletakkan barang2 mereka. Terdapat satu meja study kecil serta satu kerusi untuk pengunjung melakukan kerja2 pejabat di tepi tingkap. Di atas meja study itu diletakkan pula satu lampu study (saya memasang lampu ini bagi mencerahkan lagi bilik tidurnya yang agak kelam). Di sebelah kiri pintu masuk pula terdapat satu lorong kecil untuk ke bilik air. Di lorong ini terdapat almari baju yang agak besar di mana di dalamnya terdapat 2 helai bathrobe bagi kegunaan pengunjung. Hotel ini tidak menyediakan seterika walaupun terdapat tempat meletak seterika di dalam almarinya. View dari bilik tidur dan ruang tamu adalah mengadap ke jalan Ampang dan sebahagian pool dapat dilihat dari bilik saya menginap.


Bilik air pula menempatkan sinki, tandas, ruang untuk shower serta bathtub. Tandas hotel ini juga terdapat salur paip dan saiz bathtub pula tidaklah besar. Walaupun bilik airnya agak besar tetapi ruang untuk shower bagi saya agak sempit. Terdapat 2 jenis shower disediakan dan tekanan airnya adalah kuat. Terdapat juga berus gigi disediakan di hotel ini. Hotel ini ada menyediakan wifi percuma dan ianya sangat laju tetapi tidak konsisten. Di petang hari Sabtu kelajuannya mencecah 85mbps tetapi di awal pagi Ahad kelajuannya kurang dari 5mbps. Bagi telco pula, Celcom mempunyai kelajuan 138mbps dan kelajuan Tune Talk pula ialah 122mbps.


Hotel ini mempunyai pool yang terbuka yang terletak di bawah. Untuk ke pool, pengunjung perlu ke lobi dan menaiki tangga untuk ke kawasan pool. Terdapat mesin kopi starbuck diletakkan di sebelah kanan lorong untuk ke pool sementara restoran pula terletak di tepi pool (tetapi saya tidak pasti samada restoran ini beroperasi ataupun tidak buat masa ini). Kawasan pool adalah luas dan saiz poolnya juga adalah besar. Terdapat pool untuk kanak2 tetapi saiznya kecil sahaja.


Hotel ini ada menyediakan parkir yang terletak di basement hotel dan bayaran yang dikenakan adalah RM2 untuk 24 jam. Bayaran adalah dengan menggunakan kad Touch & Go atau pun kad kredit atau debit. Pengunjung perlu ke kaunter dan menyerahkan kad yang digunakan bagi membayar parkir untuk pengesahan. Untuk proses check-out pula, ianya adalah pantas di mana saya hanya perlu memulangkan semula kad akses ke kaunter.


Secara keseluruhan saya suka dengan hotel ini. Ianya adalah salah satu hotel yang underprice dan mungkin juga underrated bagi saya. Selain harganya yang murah (di bawah RM200) dan saiz biliknya yang besar, hotel ini sangat bersih. Pertama kali saya memasuki bilik, lantai ruang tamu dan juga bilik tidur masih lagi lembab (selepas dimop). Hotel ini sangat sesuai bagi yang membawa keluarga kerana biliknya yang besar serta poolnya yang luas. Selain itu, lokasi hotel ini agak strategik di mana terletak hanya kira2 2 km dari KLCC. Hotel ini juga berdekatan dengan satu restoran western yang terkenal iaitu Victoria Station (hanya kira2 40 meter) serta 2 restoran makanan arab yang terkenal iaitu Sahara Tent Restaurant (hanya kira2 120 meter) dan juga Wadi Hadramawt (hanya kira2 60 meter). Hanya 2 perkara sahaja yang pihak hotel mungkin perlu perbaiki iaitu cahaya di dalam bilik tidurnya yang malap. Di dalam bilik tidur tidak terdapat lampu siling, hanya lampu di kepala katil sahaja. Selain itu suhu bilik tidurnya juga tidak begitu sejuk (saya berpuas hati dengan suhu di ruang tamu).


Ruang Tamu



Bilik Tidur



Bilik Mandi



View dari Bilik



Pool



Hotel



135 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page