Pulang dari Langkawi saya meneruskan staycation saya seterusnya sekitar Kuala Lumpur. Kali ini saya memilih satu hotel yang terletak di Taman U Thant iaitu di Jalan Tun Razak. Hotel ini sebenarnya telah lama beroperasi, mungkin sejak tahun 80 an lagi. Ini adalah antara hotel mewah yang terdapat sekitar Kuala Lumpur pada masa itu.
Menerusi booking.com saya memilih bilik jenis Superior Studio, bilik yang paling kecil dan paling murah di hotel ini. Untuk satu malam, bilik jenis ini berharga RM218.51 (tanpa sarapan). Bilik ini agak besar, mempunyai keluasan 484 kaki persegi. Memasuki bilik ini, terdapat ruang dapur yang menempatkan kabinet. Dapur letrik disediakan di sini serta lengkap dengan peralatan untuk memasak. Terdapat juga satu peti ais besar serta microwave untuk kegunaan pengunjung. Di sebelah kabinet dapur terdapat satu meja serta dua kerusi untuk pengunjung makan di ruang ini.
Saya memilih bilik yang menyediakan satu katil king. Di hadapan TV disediakan satu sofa yang agak besar. Di tepi tingkap pula terdapat satu kerusi yang cantik untuk pengunjung berehat. Meja study juga disediakan untuk pengunjung melakukan tugas2 pejabat. Untuk pakaian, hotel ini menyediakan 2 almari yang agak besar serta bathrobe. Bilik airnya pula agak kecil, menempatkan sinki, tandas dan juga shower. Tiada bathtub disediakan untuk bilik jenis ini.
Walaupun sudah lama beroperasi, biliknya sangat cantik dan bersih serta sangat selesa. Biarpun perabutnya agak lama tetapi diselenggarakan dengan begitu baik. Melihat kepada gambar2 yang saya ambil, mungkin tidak akan menjangka yang hotel ini wujud dari tahun 80 an lagi. Selain itu lighting di dalam biliknya juga cantik dan saya sangat suka dengan cara mereka menyusun lampu2 di dalam bilik ini.
Hotel ini menyediakan TV berukuran 40 inci (anggaran) serta menyajikan siaran dalam bentuk HD. Walau bagaimanapun tidak banyak siaran yang disediakan untuk tontonan pengunjung. Wifi percuma tidaklah laju hanya sekitar 15mbps tetapi di kawasan ini kelajuan telco sangat laju di mana Celcom mencecah kelajuan 300mbps dan Digi pula 141mbps. Untuk bilik air pula, tekanan air adalah kuat dan tiada masalah untuk mandi air panas atau air sejuk.
Bilik yang saya inap mengadap ke bahagian hadapan hotel, iaitu bertentangan dengan sebuah kondo yang terdapat di situ. Hotel ini mempunyai pool yang terletak di bawah. Poolnya tidaklah besar tetapi lanskap di kawasan pool agak cantik. Terdapat juga pool untuk kanak2 disediakan di hotel ini.
Ini adalah antara hotel yang saya suka dan boleh dicadangkan kepada kawan2 terutamanya kepada yang berkeluarga. Lokasinya yang terletak di Jalan Tun Razak memudahkan pengunjung untuk ke KLCC atau ke Bukit Bintang. Dengan biliknya yang besar dan harganya hanya sekitar RM200, hotel ini memang sesuai untuk staycation bersama keluarga.
Bilik
View
Pool
Comments