top of page
Search
hanuds

Melia Hotel (28-29/8/21)

Ini merupakan kali kedua ke hotel ini. Hotel yang terletak di Jalan Imbi Kuala Lumpur, berhadapan dengan Bangunan Berjaya Times Square. Hotel ini memang sudah lama beroperasi di Kuala Lumpur ini dan antara hotel yang terkenal pada satu masa dulu.


Kalau dulu saya bermalam di deluxe room king bed, kali ini saya bermalam pula di bilik yang sama iaitu deluxe tetapi dengan single bed. Biliknya adalah sama dari segi interiornya cuma jenis katil sahaja yang berlainan.


Bilik deluxe di hotel ini sederhana besar dan mempunyai bilik air yang agak kecil. Lantainya pula adalah papan dan tidak mempunyai karpet.


Apa yang menarik tentang hotel ini ialah makanannya yang murah. Harganya adalah sama sahaja dengan gerai2 yang terdapat di luar. Ini mungkin disebabkan restoran di hotel ini ada juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan melalui grabfood dan foodpanda.


Bilik



Food



306 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page