Hotel ini terletak di Jalan Imbi, Bukit Bintang iaitu berhampiran dengan stesen monorel Jalan Imbi. Di hadapannya terdapat bangunan Berjaya Times Square, sementara di belakangnya pula terletak Plaza Low Yat. Hotel ini antara hotel yang telah lama dibuka di Kuala Lumpur.
Disebabkan hotel ini telah lama beroperasi, design dan interiornya juga agak lama. Bilik yang saya inap ialah Premium Guest Room yang berkeluasan 344 kaki persegi. Biliknya simple dan berlantaikan papan, tidak terdapat karpet di hotel ini. Bilik airnya juga kecil dan tidak mempunyai bath tub. Harganya dikira murah jika dibandingkan dengan hotel2 yang lain yang setaraf. Biliknya juga bersih dan kemas.
Disebabkan saya pergi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), so tak dapatlah explore keseluruhan kawasan hotel. Restoran dan pool juga ditutup kepada pengunjung semasa tempoh PKP ini.
Comments