top of page
Search
hanuds

Lexis Hibiscus Port Dickson (25-26/7/20)

Updated: Nov 19, 2020

Lama dah sebenarnya nak ke hotel ni, tapi disebabkan harganya yang mahal terpaksa ditangguhkan aje. Selalunya harga di MATTA Fair dalam RM700 itu pun harga weekdays dan bukannya weekends. Kebetulan semasa PKP ada rakan yang menjual boucer dengan harga yang murah, so aku belila satu bilik Premium Pool Villa dengan harga RM450. Tarikh ini dipilih disebabkan pada hari itu umur aku genap 50 tahun (dan kebetulan pula hari Sabtu, so aku dan rakan2 aku tak perlula mengambil cuti tahunan).


Kami bertolak ke PD takdela awal pagi sangat, sarapan dulu di Kerinchi. Kami tiba ke hotel kira2 pukul 12.30 tengahari. Masa tu orang pun tak ramai lagi dan parking pun masih banyak yang kosong. Aku terus ke kaunter dan staff di situ bagitau yang bilik sudah pun sedia. Aku pun ajak rakan2 yang lain untuk check-in. Kami naik buggy sebab nak merasa. Dari lobi ke bilik takdela jauh sangat. Premium Pool Villa tu terletak di tengah2 dan takla sampai ke hujung.


Bilik memang cantik, modern concept. Ada 2 katil king dan 2 sofa bed. Bilik air terletak di luar antara bilik dan pool. Pool terletak di luar tetapi berbumbung. Saiznya takla besar tapi cukupla kalau nak berendam tu. Bilik yang berharga RM450 tu mengadap bilik lain dan bukannya sea view (kalau sea view harga dalam RM550). Cuma satu aje yang aku tak suka pasal hotel ni, parkingnya yang terhad. Malam tu kami keluar makan malam, balik aje ke hotel parking dah pun penuh, terpaksala parking kat laluan masuk ke hotel tu. Jauh gakla menapak.






43 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page