Minggu ini saya ke satu lagi hotel yang terletak di sekitar KL Sentral. Jika pada 2 minggu yang lepas saya ke Hotel Hilton, kali ini saya memilih jirannya yang terletak betul2 bersebelahan dengan Hilton KL.
Ini merupakan kali pertama saya menempah hotel menggunakan keahlian saya sebagai ahli Marriot Bonvoy. Saya memilih bilik yang paling kecil, juga paling murah iaitu jenis superior yang mempunyai keluasan 322 kaki persegi. Harga untuk ahli ialah RM308.56 (tanpa sarapan).
Saya tiba di hotel kira2 pukul 1.15 tengahari dan terus ke kaunter untuk urusan check-in. Urusan untuk pendaftaran masuk cepat dan mudah dan saya terus diberi kad akses kerana bilik saya sudah pun sedia. Bilik yang saya dapat terletak di tingkat 13 dan mengadap ke Bangunan CIMB yang terletak bersebelahan.
Memasuki bilik seperti kebanyakan hotel terdapat bilik air di sebelah kanan lorong masuk dan rak untuk menyimpan pakaian di sebelah kiri. Rak ini bertutup menggunakan pintu gelongsor. Selain disediakan tempat menggantung pakaian, terdapat juga seterika dan papan seterika di dalamnya serta lampu suluh. Di sebelah hujung rak ini terdapat pula tempat untuk satu peti ais mini dan juga laci untuk cerek letrik serta peralatan untuk membancuh kopi. Di atasnya diletakkan air mineral jenama Spritzer.
Bilik jenis ini tidaklah luas, menempatkan satu katil king dan juga satu meja study yang agak panjang serta kerusi yang agak besar. Di bawah meja study terdapat peti simpanan keselamatan. Tiada sofa di dalam bilik jenis ini. Seperti kebanyakan hotel, TV dilekatkan di dinding bertentangan katil dan ukurannya mungkin dalam 50 inci. Siarannya adalah dalam bentuk HD. Di bawah TV pula terdapat satu ruang berlaci untuk pengunjung meletakkan barang2. Bilik hotel ini mempunyai dinding antara katil dan bilik mandi separa cermin muka dan separa cermin lutsinar tetapi mempunyai kelutsinaran yang rendah.
Bilik air hotel ini juga agak kecil menempatkan sinki, tandas dan juga ruang untuk shower. Tandasnya seperti Hotel Hilton juga tidak mempunyai salur paip, hanya menggunakan paip kecil dari dalam mangkuk tandas. Sinkinya agak besar dan ruang untuk shower adalah kecil dipisahkan oleh pintu cermin. Terdapat 2 jenis shower iaitu yang di siling dan juga yang boleh dipegang. Tekanan airnya sangat kuat dan mandi di showernya sangat berpuas hati. Tiada bathtub di bilik jenis ini. Bilik air hotel ini menggunakan pintu gelongsor yang tidak bleh dikunci.
Hotel ini mempunyai pool yang berkongsi dengan Hotel Hilton. Ianya berada di paras yang sama iaitu di tingkat 8. Walaupun berkongsi pool, ianya dipisahkan oleh tali di mana pengunjung tidak dibenarkan mandi di pool Hotel Hilton, begitu juga sebaliknya. Oleh kerana pool kedua2 hotel terletak bersebelahan, lanskap serta peralatan di pool adalah sama. Hotel ini juga menyediakan wifi percuma dan kelajuannya agak laju iaitu 26mbps. Untuk telco, Celcom mempunyai kelajuan 62mbps sementara Tune Talk pula 50mbps.
Jika ditanya antara hotel ini dan juga Hilton, saya memilih Hotel Hilton kerana biliknya yang lebih besar selain tilam dan bantalnya yang sangat selesa, tetapi perlu diingat harganya juga lebih mahal dari Hotel Le Meridien. Hotel Hilton juga mempunyai bathtub yang tidak ada di hotel ini (saya membuat perbandingan untuk 2 bilik yang paling murah di kedua2 hotel). Apa yang saya suka mengenai Hotel Le Meridien ialah pencahayaan di dalam biliknya yang terang dan seimbang di setiap sudut (pencahayaan di dalam bilik Hotel Hilton agak samar).
Bilik
Bilik Air
Pool
Hotel
Comments