Le Meridien Kuala Lumpur (11-13/3/22)
- hanuds
- Mar 14, 2022
- 2 min read
Kali kedua saya ke hotel ini yang terletak di KL Sentral. Untuk kali kedua ke sini saya telah memilih bilik yang lebih besar dan mempunyai bathtub. Melalui Marriot Bonvoy, saya memilih bilik premier yang berharga RM771.40 untuk 2 malam tanpa sarapan. Bilik ini mempunyai keluasan 387 kaki persegi.
Saya tiba di hotel pada kira2 pukul 3 petang dan terus ke kaunter untuk mengambil kad akses. Sebelum itu saya telah pun membuat check-in secara online dari aplikasi Marriot Bonvoy. Setelah diberi kad akses saya terus sahaja menaiki lif ke tingkat 22. Lif tidak mempunyai masalah di hotel ini dan secara kebetulan tidak ramai pengunjung pada masa itu.
Memasuki bilik di sebelah kanan terdapat almari untuk menyimpan pakaian. Di dalamnya terdapat seterika dan juga lampu suluh serta papan seterika. Di sebelah kiri pula terdapat kabinet yang menempatkan satu peti ais mini, dan juga kelengkapan untuk membancuh kopi termasuklah cerek letrik. Di atasnya pula diletakkan 2 botol air mineral.
Di ruang bilik selain terdapat satu katil king, terdapat juga satu sofa kecil untuk pengunjung berehat. Di sebelahnya terdapat 2 meja bulat kecil untuk diletakkan barang2. Seperti biasa terdapat meja study serta satu kerusi di tepi dinding untuk pengunjung melakukan kerja2 pejabat. Bertentangan dengan katil seperti juga hotel2 yang lain dilletakkan TV di dinding yang agak besar (dalam 50 inci). Kemudian di bawah TV terpadat satu tempat kosong untuk diletakkan barang2 dan juga satu laci panjang di mana di dalamnya diletakkan sehelai sejadah.
Bilik air untuk bilik premier ini agak luas jika dibandingkan dengan bilik jenis superior. Terdapat sinki, tandas dan bathtub di dalam bilik air. Tidak terdapat paip air untuk tandas di hotel ini, hanya menggunakan semburan dari dalam mangkuk tandas sahaja. Juga terdapat ruang untuk shower, tetapi ruangnya agak sempit bagi saya tetapi tekanan air adalah sangat kuat. Bilik airnya mempunyai tingkap cermin yang lutsinar tetapi mempunyai bidai yang boleh diturun atau dinaikkan secara elektronik. Pintu bilik air adalah jenis gelongsor di mana ianya tidak boleh dikunci dari dalam mahupun luar. Bilik jenis premier ini sebenarnya hampir sama dengan bilik jenis superior cuma bilik airnya lebih luas kerana mempunyai bathtub. Untuk view pula, bilik yang saya inap ini mengadap ke KL Sentral.
Hotel ini mempunyai pool yang terletak di tingkat 8 bangunan. Poolnya adalah terbuka dan dikongsi dengan pool Hotel Hilton yang terletak bersebelahan. Pool dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam. Poolnya agak cantik terutama di waktu malam. Kali ini saya mencuba nasi goreng kampung di hotel ini yang berharga RM39, tetapi bagi saya rasanya tidak sepadan dengan harganya. Wifi percuma juga ada disediakan tetapi saya tidak mengujinya kerana ini adalah kali kedua saya ke sini. Untuk proses check-out pula, saya hanya perlu memulangkan semula kad akses ke kaunter
Hotel ini sebenarnya agak strategik kerana terletak betul2 berhampiran dengan KL Sentral dan juga NU Sentral. Makan tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak kedai makan di kedua2 tempat itu. Ianya sesuai untuk yang solo, pasangan atau pun yang telah berkeluarga. Cuma mungkin menjadi masalah bagi yang berkeluarga ialah bilik airnya yang tidak boleh dikunci serta tandasnya yang tidak mempunyai bidet.
Bilik
Bilik Air
Pool
Lobi
Comments