Kali ketiga gi Langkawi. Disebabkan pandemik ni, tak boleh gi luar negara, jadinya Langkawi pun Langkawi lah, janji boleh terbang. Lagi pun ada kawan2 yang belum sampai ke sini, so layan ajelah.
Biasalah kalau terbang dengan Airasia la. Tiket beli pun guna credit aje sebab 4 trip ke luar negara batal. Okla harga dia, takla mahal sangat, gi balik dalam RM210.
Flight asalnya pukul 7.15 pagi Sabtu. So kami berempat pun bergerak ke KLIA2 dalam pukul 2 pagi. Sampai KLIA2 awal gakla, so sempat lelapkan mata dalam kereta sekejap (jangan risau tak buka aircond). Dalam pukul 5 macam tu kami dengan konfidennya masuk ke ruang berlepas. Cari2 no flight tak jumpa. Ha sudah, salah date ke apa ni. Check2 email rupa2nya Airasia dah hantar email dalam pukul 3.30 pagi mengatakan yang flight dibatalkan dan diganti dengan flight berikutnya iaitu pukul 9.10 pagi. Nasib baikla tak la lama sangat kan. So kami pun tak tahu nak buat apa kat KLIA2 tu, pusing2 pun kedai2 banyak yang tutup. Lepas subuh kami sarapn dulu di Old Town sebelum terbang.
So dalam pukul 9.10 kami berempat pun fly la ke Langkawi. Sejam lepas tu sampaila kan, Langkawi tu bukannya jauh sangat pun. Sampai di airport Langkawi, ambik grab ke hotel yang terletak di Pantai Chenang. Sampai awal la dalam pukul 11 macam tu. Tanya kaunter bilik belum siap lagi. So kami pun gi la lunch dulu kat food court dekat dengan hotel tu.
Lepas lunch balik semula ke hotel, staff hotel tu bagitau yang bilik dah pun siap. So kami dengan tak sabarnya terus check-in hotel yang betul2 terletaknya di Pantai Chenang tu. Kami ambik bilik famili yang ada 2 katil queen, elokla kan untuk kami empat orang. Ouh ye, nama hotel tu Malibest Resort. Hotel dia dah lama gakla, so jangan harapla nak lawa2, janji bersih dan fasiliti boleh digunakan dah. Harga pun murah aje, RM264 aje untuk 2 malam.
Dah check-in, kami pun mandila kan. Bukan mandi kat laut ok, mandi kat bilik air. Sebelum tu aku suruh Zam call brother yang jumpa di airport tadi untuk sewa kereta. Mula2nya bercadang nak sewa untuk satu hari aje. Lepas kami berbincang, alang2 ambik ajelah kan 3 hari terus. Brother tu hantar kereta ke hotel. Dah ada kereta apa lagi, panjang kaki la kan. Kami ke Pekan Kuah dan pergi ke Dataran Helang. Terkejut gakla kawan aku tu tengok helang besar yang amat, haha!
Lepas tu kami google kedai gshock. Ada la jumpa dua tiga kedai. Ada satu kedai kat Pekan Kuah, so kami pun pergila ke situ. Haa, kami ni memangnya hantu gshock. Kat kedai tu banyak gakla gshock dan harga dia pun murah2 juga. So, hari pertama aku sambar satu gshock, murah jela dalam RM456. Dari Pekan Kuah kami gi makan Laksa Ikan Sekoq kat area airport. Angin punyala kuat sampai gerai tu pun nak diterbangkan angin. So kami ambik keputusan untuk tapau aje dan makan kat hotel. Kat hotel bedal laksa, sedap oooo laksa Langkawi.
Malam tu makan kat area hotel aje, makan shellout. Sedap dan murah juga. Kami ambil pakej untuk 4 orang, RM99. Lepas makan malam tu jalan2 aje sekitar Pantai Chenang. Lepas tu balik hotel dan tidur.
Hari kedua, kami sarapan di food court berdekatan hotel (tempat kami lunch semalam). Orang melayu, nasi lemak la kan, apa lagi nak makan. Selepas tu kami menaiki kereta ke arah utara menuju ke jeti untuk Mangrove Tour. Jauh jugakla dari hotel tu sebab hotel tu terletak di selatan, jeti tu pulak terletak di utara. Adalah dalam 40 minit kot. Sampai di jeti biasalah kena scan dan tulis nama. Kami pun di bawa ke bot yang kami sewa. Haa, kami sewa satu bot ok, untuk 4 orang. Nama pemandu bot tu Pak Cik Osman. Harga pakej tu RM350.
Tempat pertama yang dibawa ialah Gua Kelawar (aku pun tak tahula berapa banyak Gua Kelawar kat Malaysia ni). Ada tiket masuk, RM2 untuk seorang. Sewa lampu suluh RM1, so aku pun bayarlah RM9. Cantik juga gua ni, sebab dia terletak di dalam hutan bakau. Perjalanan menyusur titian yang disediakan tu takdela jauh sangat, sekejap aje.
Selepas tu kami dibawa ke satu tempat untuk melihat burung helang. Mula2 sampai tu takde la banyak sangat, tapi selepas kami tiba tu tiba2 aje helang jadi banyak. Aku tak tahula Pak Cik Osman tu baca apa, dia panggil helang2 tu kot. Tengok depan mata helang2 ni satu pengalaman yang menarik juga. Yelakan selalunya nampak helang ni terbang jauh kat atas aje.
Habis cerita helang kami pun bergerak ke satu tempat kat tengah laut. Haa time ni bagi makan ikan pulak, tadi bagi makan helang. Zam aje yang turun mandi, yang lain duk tengok ikan dari atas bot aje. Malas pulak nak basahkan seluar dan baju. Tapi ikan dia memang banyak. Ikan besar2 pun ada.
Selepas beri makan ikan kat tengah laut tu kami dibawa pula ke satu pulau, tp nama pulau tu tak ingat dah. Kat pulau ni ada satu gua yang dinamakan Gua Cherita (nasib baik bukan Gua Kelawar lagi kan). Memang ada cerita pasal gua ni tapi panjang sangat la kan nak cerita kat sini. Lupa pulak nak ambik gambar. Kami berempat pun naik la tangga ke gua tu. Dalam gua tu memang ada satu batu yang menyerupai katil. Katanya dijadikan tempat tidur. Lepas masuk ke dalam gua tu kawan aku yang bertiga ni mandi kat pantai pulau tu. Air dia takdela cantik sangat tapi okla.
Selesai yang bertiga tu mandi kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang tu Pak Cik Osman bawa kami singgah ke restoran terapung kat muara sungai. Ada banyak restoran terapung kat situ. Tengokla ikan, udang lipan, lobster, ketam kat situ. Harga dia dah diberitahu awal2 supaya pengunjung tidak terkejut bila makan nanti. Kami pun pilih seekor ikan kerapu harimau (dibahagi dua, masak steam dan tiga rasa), udang lipan (mantis). Yang lain tu orderla tomyam campur dan kerabu mangga. Haa teka berapa ringgit? Jarang berlaku makan besar macam ni. Kami makan berempat kenala RM563.10. Macam dinner kat hotel pulak. Tapi memang kami tak terkejutla sebab harga tu memang dibagitau awal2 lagi. Harga 2 ekor udang lipan tu RM236.00 (0.59 kg). Tapi takpela kan sekali sekala nak merasa makan udang lipan, lagipun RM236 tu Zam yang belanja (terima kasih daun keladi Zam). Lepas dah bayar kami pun bertolak balik ke jeti.
Sampai di jeti kami terus ke kereta dan bertolak balik ke hotel. Sampai di hotel mandi2 dan bersiap pulak nak ke Pekan Kuah. Nak ke kedai gshock semalam dan beli coklat. Mula2 gi kedai gshock dulu. Ternampakla pulak model limited edition British Army. Konon2nya nak tanya harga aje, tup2 dia boleh pulak bagi harga lebih murah dari harga online. So apa lagi sambar satu lagi gshock (semalamnya tu dah sambar satu). Zam pun sambar satu gshock. Lepas tu gi kedai coklat HIG kat area situ gak, borong coklat. Lepas borong gshock dan coklat, kami pun balik ke hotel. Dalam perjalanan tu nampakla pulak sunset yang cantik dari dalam kereta. So kami singgah kat atas bukit mengadap airport untuk mengambil gambar sunset. Lepas tu sambung perjalanan ke hotel.
Malam tu kami jalan2 di satu kawasan yang menempatkan food truck. So kami makan kat situ ajelah. Malam tu jadi mat saleh, makan chicken chop, lamb chop dan yang sewaktu dengannya. Lepas makan malam kami jalan2 sekitar Pantai Chenang. Selepas tu balik ke hotel dan tidur.
Hari ketiga di Langkawi kami ke Cable Car. Dalam perjalanan tu singgah dulu ke Makam Mahsuri, tapi tak masuk pun, ambik gambar kat luar aje. Sebelum tu kami sarapan dulu di gerai berhampiran. Apa lagi nasi lemak la, tekak orang melayu. Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Cable Car tetapi singgah dulu di Telaga Harbour untuk ambik gambar. Lepas tu teruskan perjalanan ke Cable Car. Sampai ke Cable Car tu terus beli tiket (RM38 untuk dewasa). Naik Cable Car masa pandemik ni takla perlu beratur pun, orang pun tak ramai. RM38 tu termasuk skybridge, so lama jugala kami kat atas tu.
Balik dari Cable Car kami singgah minum abc, cendol dan makan laksa kat depan satu sekolah kat kampung apa ntah nama dia. Sedap jugala abc dia. Selepas tu balik ke hotel. Sampai di hotel rehatkan diri sambil tu kemas2 baju. Kami check-out dalam pukul 4 dan terus ke airport tapi sebelum tu sempat lagi singgah makan laksa, mee rebus kat area airport tu. Selepas tu kami ke airport untuk pulangkan semula kereta sewa. Flight bertolak ke KLIA2 pukul 7.45 malam dan sampai ke KLIA2 sejam kemudian.
Begitulah serba ringkas (walaupun tak berapa nak ringkas) kisah trip kami ke Langkawi pada awal bulan 10/2020. Nasib baiklah sempat sebelum Kuala Lumpur dikenakan PKPB pada 13/10 yang lepas. Travel masa pandemik ni memang perlu berhati2, tapi ada juga untungnya. Satu dari segi kos, kebanyakkan kos adalah rendah. Hotel, sewa kereta harganya jauh murah dari harga biasa. Kami sewa kereta Myvi (RM170 untuk 3 hari). Selain itu tak perlu bersesak2 dan menunggu lama untuk menaiki cable car. Walau bagaimanapun ada juga yang tak seronoknya, kedai2 banyak juga yang tutup dan tak beroperasi.
Itu ajelah coretan tentang trip kami ke Langkawi pada bulan ni. Pada tahun depan insyaAllah akan pergi lagi ke sana.
Kommentare