top of page
Search
hanuds

Langkawi (19-21/2/22)

Selepas 3 bulan kami kembali lagi ke Langkawi dengan harga tiket Airasia RM12 (pada tahun lepas kami telah pergi dengan harga tiket yang sama). Jika pada November tahun lepas kami pergi seramai 7 orang, kali ini kami hanya berempat (2 lagi rakan tidak dapat ikut serta).


Hari Pertama (29/2/22)


Kami bertolak ke KLIA2 dengan menaiki kereta. Kami tiba di KLIA2 kira2 pukul 9 pagi dan terlebih dahulu bersarapan pagi di Old Town White Coffee yang terletak di situ. Pada pukul 9.45 pagi kami memasuki balai berlepas kerana penerbangan kami ke Langkawi ialah pada pukul 11.05 pagi.


Kami berlepas ke Langkawi seperti mana dijadualkan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejam kemudian. Selepas keluar dari balai ketibaan, kami menemui En Amar untuk mengambil kereta sewa. Kami menyewa kereta MyVi pada harga RM70 untuk sehari dan membayar sebanyak RM190 (untuk 2 hari termasuk RM50 deposit). Kami tidak mendapat kereta MyVi tetapi ditukar kepada kereta Mitsubishi Mirage pada kadar sewaan yang sama.


Kami pun menuju ke resort kami tetapi terlebih dahulu makan tengahari di satu gerai yang terletak betul2 di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat iaitu Kedai Makan Kak Imah. Gerai ini menyediakan makanan yang sedap dan terkenal dengan goreng pisang dan juga cendolnya. Selepas kami makan tengahari, kami pun menuju ke resort kami yang terletak di Jalan Kuala Muda di Pantai Cenang, iaitu Lagvio Resort.


Resort ini letaknya betul2 di sebelah litar go kart antara lapangan terbang dan juga Pantai Cenang. Resort ini agak baru dan kawasannya agak luas. Terdapat banyak jenis bilik di resort ini dan kami memilih bilik famili yang menempatkan 2 katil queen untuk kami berempat, dan bilik kami juga mengadap ke kolam renang.


Selepas memasuki bilik kami berehat seketika dan mandi untuk membersihkan diri. Selepas itu kami ke Pekan Kuah untuk ke kedai jam (untuk melihat G-Shock) dan juga kedai HIG (untuk membeli coklat). Selepas itu kami ke Menara M yang telah pun siap tetapi masih belum dibuka kepada umum. Menara ini akan menjadi ikon baru di Pulau Langkawi pada masa akan datang.


Selepas itu kami ke Kompleks Kraf untuk melihat hasil2 seni yang dipamerkan di sini. Kompleks ini terletak di Jalan Teluk Yu. Banyak juga hasil2 kraftangan yang dipamerkan dan dijual di sini. Dapatlah kami melihat sampin songket yang berharga empat ribu ringgit. Selepas itu kami ke Pantai Pasir Hitam untuk mengambil gambar di situ. Pada senjanya kami ke Pantai Cenang untuk melihat matahari terbenam. Agak ramai orang di pantai pada Ketika itu. Selepas itu kami kembali ke resort untuk mandi dan berehat sebelum keluar semula untuk makan malam.


Pada hari pertama kami memilih gerai makan yang terletak di simpang masuk ke resort iaitu gerai Makan Mana Ikan Bakar. Makanannya sedap dan harganya tidaklah mahal. Selepas makan malam kami pun kembali ke bilik untuk berehat dan tidur.


Di Airport



Kereta Sewa



Makan Tengahari



Resort



Menara M



Kompleks Kraf



Pantai Pasir Hitam



Sunset



Dinner



Hari Kedua (20/2/22)


Pada hari kedua kami keluar awal untuk bersarapan di satu gerai yang terletak berhampiran dengan Makam Mahsuri. Nama gerai ini ialah Mat Boon dan nasi lemaknya sangat sedap. Selepas itu kami ke Pantai Tanjung Rhu untuk mengambil gambar. Selepas Pantai Tanjung Rhu, kami ke Telaga Tujuh tetapi bukan untuk naik ke atas, hanya untuk minum air kelapa di salah satu gerai di situ. Dari sini dapat dilihat gondola kereta kabel yang terletak tidak jauh dari situ.


Dari Telaga Tujuh kami ke Pekan Kuah untuk ke Supermarket HIG untuk membeli coklat. Selepas itu kami pulang semula ke resort tetapi singgah terlebih dahulu di satu gerai untuk makan tengahari. Gerai ini terkenal dengan cendol pulutnya yang sedap. Selepas habis makan kami pulang ke resort untuk berehat.


Pada sebelah petang pula kami ke kawasan lapangan terbang untuk makan laksa yang terkenal iaitu laksa ikan sekoq. Selepas itu kami menuju ke Pantai Cenang untuk melihat sunset. Selepas melihat sunset, kami ke satu pusat urut yang terletak di Pantai Cenang untuk mengurut kaki. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM60 bagi tempoh satu jam. Selepas itu barulah kami makan malam. Malam kedua kami memilih untuk makan gulai panas di mana gerainya terletak juga di kawasan Pantai Cenang. Selepas itu kami pun pulang ke resort untuk berehat dan tidur.


Resort



Sarapan



Pantai Tanjung Rhu



Telaga Tujuh



Lunch



Laksa Ikan Sekoq



Sunset



Dinner



Hari Ketiga (21/2/22)


Oleh kerana penerbangan kami adalah pada sebelah pagi, kami hanya sempat bersarapan sahaja. Kami memilih satu gerai yang terletak di kawasan Beras Terbakar untuk makan roti canai. Selepas sarapan kami ke lapangan terbang dan meninggalkan kereta sewa di tempat letak kereta lapangan terbang. Kami memasuki balai berlepas lebih kurang pukul 9.30 pagi dan terbang ke KLIA2 pada jam 10.50 pagi. Kami tiba di KLIA2 sejam kemudiannya.



Nota


Untuk trip kali ini, kos keseluruhan ialah RM1,044.40. Jika dibahagi kepada empat, kos untuk seorang ialah RM261.10. Jika ditambah kos penerbangan pergi dan balik RM24, kosnya adalah sebanyak RM285.10.

150 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page