Ini merupakan kali kedua saya ke Krabi pada tahun ini dan mungkin kali ke lapan saya ke sini. Pada kali ini saya hanya pergi berdua sahaja dengan menggunakan penerbangan Airasia. Tambang untuk pergi balik untuk seorang ialah RM197.
DAY 1
Penerbangan kami ialah pada pukul 1.20 petang dan tiba di Krabi pada 1.40 petang waktu tempatan. Walaupun hanya berdua saya telah menyewa van untuk ke Ao Nang Beach berharga THB1100 (pergi dan balik). Selain itu di lapangan terbang juga saya telah membeli sim kad yang berharga THB300. Setelah 30 minit menaiki van kami tiba di Ao Nang Beach di mana kami menginap di Ava Sea Ao Nang Beach Resort berharga RM363.60 untuk dua malam. Saya membuat tempahan hotel ini menggunakan aplikasi Trip.com agak lama sebelum kami ke sini. Saya memilih bilik jenis 'Deluxe Double Room with Ocean View'.
Bilik Hotel
Bilik Air
Kolam Renang
Selepas check-in dan berehat sebentar di hotel, kami keluar untuk makan tengahari ke salah satu restoran halal yang terdapat berhampiran hotel. Kami memesan tom yam, daging masam manis, somtam, telur dadar dan untuk minuman kami memesan jus mangga dan juga coconut shake. Jumlah kesemua untuk makan tengahari pada hari ini ialah THB660.
Makan Tengahari
Di sebelah petangnya pula kami hanya bersantai di Ao Nang Beach sambil menikmati pemandangan matahari terbenam (sunset).
Sunset
Lain-lain gambar
DAY 2
Pada hari kedua kami di Krabi, kami telah bersarapan pagi di salah sebuah gerai berhampiran dengan masjid. Sebenarnya agak susah untuk mencari gerai untuk sarapan di kawasan Ao Nang ini oleh kerana gerai-gerai hanya dibuka agak lewat pagi. Untuk sarapan pagi kami telah memilih nasi goreng dan juga pancake pisang serta air kopi dan juga limau ais. Jumlah sarapan pada hari ini ialah THB209.
Sarapan
Selepas sarapan pagi kami kembali semula ke hotel untuk mandi-manda di kolam renang hotel. Pada sebelah tengaharinya pula kami makan tengahari di salah satu restoran yang agak baru beroperasi berdekatan dengan hotel. Kami memilih ikan siakap masak stim limau, kangkung goreng, telur dadar dan juga minuman jus tembikai dan coconut shake. Masakan di gerai ini sangat sedap (saya bagi A++). Jumlah keseluruhan untuk makan tengahari pada hari kedua kami di Krabi ialah THB600.
Makan Tengahari
Di sebelah petangnya pula kami bersiar-siar di sekitar Pantai Ao Nang. Terdapat banyak resort dan hotel yang cantik-cantik di sekitar pantainya.
Jalan-jalan di Pantai Aonang
Di sebelah malamnya pula kami telah makan malam di salah satu gerai yang terdapat di sekitar Ao Nang ini. Pada malam ini kami hanya makan pizza, somtam dan juga udang goreng tepung serta air kelapa. Jumlah keseluruhan untuk makan malam ialah sebanyak THB329.
Makan Malam
Kami makan malam agak lewat dan selepas itu kami pulang ke hotel untuk berehat.
Lain-lain Gambar
DAY 3
Pada hari ketiga kami hanya berehat di hotel sambil mengemas baju oleh kerana kereta sewa akan mengambil kami pada pukul 11 pagi. Pada pukul 10.45 pagi kami turun untuk check-out dan kereta sewa telah pun sedia menunggu kami. Pada pukul 2.25 kami pun terbang ke KLIA2 dengan pesawat Airasia. Kami memilih untuk makan tengahari di atas kapal terbang. Jumlah makan di atas pesawat untuk kami berdua ialah RM31. Pada pukul 4.55 petang pesawat yang membawa kami selamat mendarat di KLIA2.
Gambar-gambar di Hari Ketiga
Comments