Ini merupakan trip ke 6 ke Krabi, dan kedua dalam tahun 2019. Memang suka gi Krabi ni. Bukan sahaja pulau2nya yang cantik, juga makanannya yang sedap. Siapa yang suka makanan Thailand memang akan suka pergi ke sini. Pertama kali ke Krabi ialah pada tahun 2012. Sejak itu memang kerap pergi ke sini.
Hari pertama
Trip kali ini aku pergi bersama 6 rakan yang lain, 7 orang la termasuk aku. Kami bertolak ke KLIA2 lebih kurang pukul 2.30 pagi dengan satu kereta Avanza. Kami tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 4.00 pagi. Seperti biasa kami lepak2 di food court di KLIA2 tu sementara menunggu flight ke Krabi.
Lebih kurang pukul 6.00 pagi kami pun masuk ke balai berlepas. Pada pukul 7.10 pagi kami pun terbang ke Krabi yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Krabi ni takdela jauh sangat pun, atas sikit aje dari Langkawi. Pada pukul 7.30 pagi waktu Thailand kami selamat mendarat di Krabi International Airport (waktu Thailand adalah sejam lewat dari waktu Malaysia).
Sampai aje di airport kami menyewa sebuah van untuk membawa kami ke Ao Nang. Ao Nang ini merupakan tempat tumpuan pelancung yang terletak di tepi pantai. Perjalanan dari airport ke Ao Nang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sampai saja di Ao Nang kami terus ke gerak Kak Mai yang terletak berdekatan dengan hotel tempat kami menginap. Kak Mai ini orang Kelantan asalnya, tetapi telah berkahwin dan menetap di Ao Nang lebih 30 tahun. Kami bersarapan dahulu di gerai beliau sebelum check-in di hotel La La Moon. Oleh kerana check-in pukul 2 petang, kami hanya check-in satu bilik dahulu untuk kami letak beg2 kami.
Setelah itu kami pun memulakan aktiviti kami pada hari pertama kami di Krabi. Kami telah pun menyewa sebuah bot melalui Kak Mai. Dialah yang akan membawa kami ke pulau2 nanti. Pada hari pertama ini kami akan mengambil pakej 4 Island Tour. Yang bestnya trip bersama Kak Mai ni ialah dia akan masak menu yang kita minta. Mintakla nak makan apa pasti dia akan masakkan.
Island hopping di Krabi ni selalunya bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 3 atau 4 petang. Kalau kita ambik private trip ni best sikitlah sebab tidak payah bercampur dengan pelancung2 yang lain. Jadi pada hari pertama kami di Krabi ni kami pergi ke pulau2 dan pulang pada jam 3.30 petang. Sampai di hotel kami pun mandi2 dan berehat sebentar.
Pukul 5 petang kami keluar untuk minum petang di gerai yang berhampiran. Yang fames kat Krabi ni ialah pancake dan fruit shake nya. Pada pukul 6.30 kami pun menyewa satu kereta (rupanya seperti lori yang telah diubahsuai) untuk ke pasar malam yang terletak di Pekan Krabi. Pasar malam di sana lebih kurang ajelah dengan pasar malam kita di sini, banyak menjual makanan dan minuman, baju2 dan cenderahati. Sambil berjalan2 tu sempat jugala beli makanan untuk di makan di hotel. Selepas puas merayau di pasar malam kami pun pulang ke hotel dengan kereta sewa yang sama. Lebih kurang pukul 8.30 kami sampai di hotel. Kami pun makan makanan yang kami beli di pasar malam tadi.
Selepas itu dalam pukul 10.30 malam kami pun keluar untuk dinner (ha ni baru dinner yang sebenar, tadi tu warm up aje). Selepas makan kami pun berjalan2 di sekitar Ao Nang dan pulang ke hotel untuk tidur. Tamat hari pertama kami di Krabi.
Hari kedua
Pada hari kedua, kami bersarapan dulu di gerai Kak Mai sebelum memulakan aktiviti hari kedua kami. Lebih kurang pukul 9.00 kami menaiki van untuk ke jeti yang terletak agak jauh dari hotel tempat kami menginap. Untuk hari kedua di Krabi, kami memilih Hong Island Tour. Kami memulakan tour pada pukul 9.30 pagi. Banyak jugalah tempat2 yang Kak Mai bawa kami dalam tour ni. Kami makan tengahari di satu pulau yang disediakan Kak Mai. Memang sedap masakan dia. Pada pukul 3 petang kami terpaksa balik semula ke Ao Nang disebabkan cuaca yang kurang elok (hari nak hujan). So kami terpaksalah pulang walaupun ada satu tempat lagi yang kami belum singgah di dalam tour ini.
Sampai di hotel kami pun mandi2 dan berehat. Pada sebelah petangnya kami ke tepi pantai untuk melihat sunset. Memandangkan cuaca tak begitu baik, sunset pun tak cantik gakla kan. Selepas tu kami pusing2 di Ao Nang untuk membeli souvenir. Dalam perjalanan pulang ke hotel kami singgah di food court yang terdapat di Ao Nang untuk makan malam. Mewah gakla kami makan pada malam tu, dan harganya tidakla begitu mahal (THB1180). Selepas kenyang kami pun pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.
Hari ketiga
Memandangkan flight kami pada sebelah pagi, tiada apa2 aktiviti yang sempat pada hari ketiga ni. Kami hanya sempat bersarapan di gerai Kak Mai sebelum bertolak ke Krabi International Airport. Kami tiba di airport pada pukul 9.00 pagi. Pada pukul 11.00 pagi waktu Thailand kami pun berlepas pulang dan tiba di KLIA2 pukul 1.40 waktu Malaysia.
Menu makan malam hari kedua
Comments