Saya sebenarnya sering ke Krabi. Sejak 2012 hampir setiap tahun saya akan ke sini. Pada tahun 2019 saya berkunjung ke sini dua kali iaitu pada bulan Mac dan juga Oktober. Selepas pandemik melanda saya kembali semula ke sini untuk tahun ini. Ada 2 sebab kenapa saya begitu suka berkunjung ke Krabi. Pertama disebabkan pulau-pulaunya yang cantik dan yang kedua pula ialah kerana makanannya yang sedap. Pada kali ini saya membeli tiket penerbangan Airasia berharga RM200 (pergi dan balik). Untuk kali ini saya pergi seramai 4 orang.
Day 1
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi pada pukul 1.55 tengahari waktu Thailand (sejam lewat dari waktu Malaysia). Di lapangan terbang saya membeli sim kad yang berharga THB250 (RM33). Pakej tersebut adalah untuk 7 hari dan datanya adalah tanpa had.
Kemudian kami menaiki van untuk ke Ao Nang yang terletak kira-kira 27km dari lapangan terbang. Saya sebenarnya menempah van dari Malaysia lagi menerusi seorang kenalan. Van berharga THB600 (RM78). Setelah kira-kira 40 minit perjalanan, kami pun sampai ke Pantai Ao Nang dan terus sahaja ke hotel (Kokotel Krabi Ao Nang). Harga hotel ini untuk 3 malam ialah RM631 dan ianya boleh memuatkan seramai 4 orang. Biliknya besar dan kemas serta bersih.
Selepas meletakan barang-barang, kami pun makan tengahari di salah sebuah restoran berdekatan dengan hotel. Saya biasa makan di sini sebelum ini tetapi kali ini harganya sudahpun mahal. Kos untuk makan tengahari kami pada hari itu ialah THB1000 (RM130). Makanannya sedap terutamanya tom yam.
Untuk hari pertama ini kami hanya bersiar-siar di Pantai Ao Nang sahaja dan di sebelah malamnya pula kami makan di gerai yang lokasinya berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Kos makan malam pada malam itu ialah THB790 (RM103).
Hotel kami menginap
Makan tengahri kami yang menelan belanja THB1000
Pantai Ao Nang yang terkenal dengan sunsetnya yang cantik
Makan malam kami di hari pertama
Day 2
Di hari kedua kami memilih 4 Island Tour. Kami mengambil private bot (long tail) dan dikenakan bayaran THB4000 (RM523). Untuk tour sebegini ianya bermula pada pukul 8.30 pagi tetapi jika mengambil private bot, ianya bergantung kepada kita bila mahu keluar dari hotel. Terdapat 4 pulau di dalam tour ini. Kami kembali dari tour island kira-kira pukul 4.30 petang.
Di malam pada hari kedua ini kami makan malam di Pasar Malam Ao Nang yang terletak agak jauh dari hotel kami, iaitu kira-kira 2.3 km. Kami menaiki tut tut dan dikenakan bayaran THB200 untuk 4 orang (RM26). Di pasar malam ini kami makan ikan bakar, pad thai dan juga pancake. Untuk makan malam ini kosnya sebanyak THB490 (RM64).
Tup Island
Chicken Island, tempat snorkeling
Poda Island
Phranang Cave Baech
Makan malam hari kedua
Day 3
Di hari ketiga kami di sini, kami memilih untuk ke Hong Island Tour. Sekali lagi kami mengambil private bot dan bayaran yang dikenakan ialah THB5200 (RM680). Hong Island ini perjalannya agak jauh dari jeti tetapi ianya berbaloi kerana tempat-tempat yang dilawati sememangnya sangat cantik. Kami hanya kembali ke hotel kira-kira pukul 4 petang. Pada masa ini sebenarnya Hong Island telah pun lengang. Kami adalah antara pengunjung terakhir yang pulang. Ini adalah sebabnya mengapa kami memilih untuk menggunakan private bot, masa kami di pulau-pulau tidak bergantung kepada orang lain.
Pada malam hari ketiga ini kami makan malam di salah satu gerai di mana harganya agak murah. Kos untuk makan malam pada malam ketiga ini ialah THB600 (RM78).
Pakbia Island
Paradise Island
Hong Lagoon
Hong Island
Ao Nang Beach
Day 4
Oleh kerana penerbangan pulang kami ialah pada pukul 2.25 petang, pada pagi hari terakhir ini kami hanya bersiar-siar sahaja di tepi pantai. Kami ke lapangan terbang pada pukul 11.15 pagi dengan menaiki van dengan bayaran THB600 (RM78). Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi kira-kira 40 minit kemudian dan tepat pukul 2.25 petang kami pun terbang ke Kuala Lumpur dan tiba di KLIA2 kira-kira pukul 4.55 petang.
Nota
Saya memang menggemari Krabi sejak kali pertama ke sini pada tahun 2012 tetapi jika hendak dibandingkan perbelanjaan pada masa itu ianya sangat murah. Kos pada kali ini ialah kira-kira RM2,423 untuk 4 orang. Perbelanjaan termasuklah hotel, pengangkutan, tour island selama 2 hari serta makan ketika di sana (sarapan, makan tengahari dan juga makan malam). Untuk seorang kosnya ialah RM605. Jika ditambah kos penerbangan akan menjadi RM805. Jika dahulu kosnya lebih murah, mungkin hanya RM500 ke RM600 sahaja.
Comentarios