top of page
Search
hanuds

Komune Living Kuala Lumpur (8-9/1/22)

Saya meneruskan staycation saya sekitar Kuala Lumpur dengan memilih satu hotel (sebenarnya lebih kepada residen) yang terletak di Bangsar Kuala Lumpur atau dengan lebih tepat di Kampung Kerinchi. Bangunannya terletak betul2 di tepi Lebuhraya Persekutuan dan bertentangan pula dengan Menara TM. Ini adalah kali kedua saya ke sini, kali pertama ialah pada bulan November 2020.


Jika pada 2020 saya menginap di bilik jenis Thinker Two (setelah mendapat free upgrade), kali ini saya memilih bilik jenis Dreamer Studio. Melalui aplikasi booking.com, bilik ini berharga RM131.44. Saya tiba di hotel pada kira2 pukul 1.00 tengahari dan terus ke kaunter. Saya diberitahu proses check-in hanya boleh dilakukan pada jam 3.00 petang dan ianya adalah secara layan diri.


Sementara menunggu jam 3.00 petang saya terlebih dahulu ke KL Sentral dengan menaiki LRT dari stesen Kerinchi. Dari Komune Living ke stesen LRT Kerinchi, jaraknya adalah kira2 1 km. Pada kira2 jam 3.00 petang saya kembali ke hotel dan pada masa itu orang telah pun ramai di lobi.


Oleh kerana proses check-in hanya boleh dilakukan pada jam 3 petang, bayangkanlah jika hari tersebut hotel ini fully booked. Semua pengunjung tertumpu untuk check-in pada masa yang sama menyebabkan pengunjung sesak di lobi. Terdapat hanya 2 kiosk disediakan untuk pengunjung melakukan proses check-in ataupun check-out. Walaupun prosesnya tidaklah rumit, ianya mengambil masa yang agak lama juga kerana pengunjung semestinya tidak biasa dengan kiosk tersebut. Ini menyebabkan pengunjung beratur agak panjang (sebenarnya proses check-in bukanlah seratus peratus layan diri kerana pengunjung perlu ke kaunter terlebih dahulu untuk mendapatkan confirmation no yang perlu dimasukkan semasa proses check-in di kiosk).


Selesai proses check-in di kiosk, saya menaiki lif ke tingkat 21. Lif banyak dan agak cepat. Bilik jenis Dreamer Studio ini hanya berkeluasan 182 kaki persegi dan sangat kecil. Memasuki bilik terdapat rak almari di sebelah kanan sementara bilik air di sebelah kiri. Terdapat satu katil queen yang diletakkan di tepi tingkap (antara katil dan tingkap tiada ruang). Di sebelah katil terdapat meja kecil untuk pengunjung melakukan kerja pejabat. Di kaki katil pula terdapat satu kerusi panjang dan satu meja kecil yang diletakkan di bawah TV yang dilekatkan di dinding.


Di kabinet sebelah kanan pintu masuk pula, selain diletakkan almari untuk menyimpan pakaian, terdapat juga satu sinki dan ruang untuk satu peti sejuk mini. Di atasnya terdapat cerek letrik dan juga jug serta mug (hotel ini tidak menyediakan air mineral dan juga kopi percuma). Bilik airnya pula kecil sahaja menempatkan sinki, tandas dan ruang untuk shower (hanya terdapat shower jenis pegang di bilik jenis ini).


TV di hotel ini menyediakan siaran dalam bentuk HD tetapi hanya siaran asas sahaja yang ada (saya rasa ianya dari MyTV). Wifi pula agak perlahan hanya mencapai kelajuan 5mbps. Untuk telco pula, Tune Talk mencapai kelajuan 117mbps sementara Celcom pula perlahan sedikit, hanya berkelajuan 100mbps. Untuk bilik air pula, tekanan airnya sangat kuat dan showernya berfungsi dengan baik.


Satu keistimewaan hotel ini saya rasa ialah poolnya yang terletak di rooftop. Walaupun saiznya tidaklah begitu besar, view dari pool agak cantik iaitu betul2 mengadap ke Menara TM. Selain itu di tingkat atas pool terdapat satu ruang untuk pengunjung melihat panorama bandaraya Kuala Lumpur.


Sebenarnya harga RM131.44 untuk bilik ini agak mahal, tanpa air mineral dan kopi percuma seperti kebanyakan hotel2 yang lain. Ianya agak tidak sesuai bagi yang membawa keluarga kerana biliknya yang kecil selain pintu bilik airnya yang tidak boleh dikunci (sliding door). Bagi proses check-out pula saya hanya perlu ke kiosk dan prosesnya sangat cepat, hanya mengambil masa beberapa saat sahaja (saya turun sebelum pukul 10.30 pagi bagi mengelakkan orang ramai di kiosk). Proses check-out pula perlu dilakukan sebelum pukul 11.00 pagi.


Sementara itu bilik jenis Thinker Two yang saya inap pada 2020 mempunyai keluasan agak besar iaitu 409 kaki persegi. Pada masa itu saya hanya membayar RM78 untuk bilik jenis ini (setelah mendapat free upgrade). Biliknya seperti sebuah rumah, mempunyai 2 bilik tidur, ruang tamu dan ruang dapur serta bilik air tetapi sangat kompak. Saya sertakan juga gambar2 bilik jenis Thinker Two semasa saya menginap pada November 2020 yang lepas.



Bilik



View dari Bilik



Pool



Thinker Two



285 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page