Terletak di Bangsar South Kuala Lumpur. Residence ini betul2 terletak di hadapan Menara TM. Mempunyai studio apartment dan juga apartment 2 bilik. Mulanya hanya booking studio apartment tapi dapat free upgrade ke apartment 2 bilik. Jangan terkejut kalau saya katakan yang harga untuk 1 malam hanya RM78.
Masuk2 aje biliknya teringat saya kepada apartment saya semasa tinggal di Jepun. Apartmentnya kecik dan compress walaupun mempunyai dua bilik. Apartment ini mempunyai satu bilik air. Stay kat sini tak lama sangat sebab besoknya saya terpaksa check-out awal sebab perlu ke ofis.
Satu yang menarik pasal residence ni ialah proces check-in dan check-out nya yang hanya perlu ke kiosk yang disediakan, senang dan mudah. Ianya juga menyediakan kemudahan sewa bulanan, iaitu RM1800 sebulan.
Comments