top of page
Search
hanuds

KLoe Hotel Kuala Lumpur (30-31/12/21)

Dari Travelodge Central Market saya ke Bukit Bintang. Untuk penutup tahun 2021 ini saya memilih satu hotel butik yang cantik interiornya. Malahan saya memilih hotel ini adalah kerana interiornya yang sangat cantik.


Hotel ini terletak di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur, kira2 600 meter dari pusat membeli belah Pavilion. Saya menempah hotel ini menggunakan applikasi trip.com. Saya memilih bilik yang paling murah dan paling kecil berharga RM276.25. Biliknya agak kecil hanya berukuran 236 kaki persegi. Bilik yang saya inap viewnya mengadap Bangunan AIG serta Bangunan LTAT.


Saya sampai di hotel ini kira2 pukul 12.30 tengahari. Memasuki lobi hotel saya sudah tertarik dengan interiornya yang sangat cantik. Terdapat sofa2 dan meja2 serta rak2 buku di lobi hotel. Saya terus ke kaunter dan terus mendaftar untuk check-in. Disebabkan bilik telah pun sedia, saya terus diberi kad akses untuk bilik saya yang berada di tingkat 7 (tingkat yang paling tinggi). Hotel ini hanya mempunyai 2 lif yang agak kecil (hanya 4 orang dibenarkan di satu2 masa). Oleh kerana pengunjung tidaklah ramai, untuk menaiki lif saya tidaklah perlu menunggu lama.


Memasuki bilik saya sangat teruja dengan konsep biliknya yang sangat cantik. Selain satu katil king, di dalam bilik juga terdapat satu meja study serta satu rak untuk menempatkan peti ais mini dan juga peralatan untuk membancuh kopi. Disediakan juga snack dan biskut secara percuma selain air minuman yang diletakkan di dalam botol kaca. Tiada almari pakaian disediakan di bilik jenis ini, hanya satu tempat untuk menyangkut baju yang mana pintu gelongsornya berkongsi dengan pintu bilik air.


Bilik mandinya pula tidaklah besar tetapi tidak pula terlalu kecil. Menempatkan satu sinki, tandas dan juga tempat untuk shower. Peralatan bilik mandi adalah lengkap disediakan di hotel ini. Dinding antara katil dan bilik mandi adalah cermin lutsinar tetapi tidak seratus peratus jelas (hanya menampakkan bayang2). Tekanan air di bilik air sangat kuat dan saya amat berpuas hati mandi di showernya.


Di dinding bertentangan dengan katil pula terdapat TV yang saya rasa berukuran dalam 50 inci. Tidak banyak siaran yang boleh ditonton oleh pengunjung biarpun siarannya adalah dalam bentuk HD. Wifi percuma ada disediakan tetapi tidaklah laju, hanya berkelajuan 9mbps dan Telco juga sederhana laju di mana Celcom mencapai kelajuan 40mbps semasa saya mengujinya di awal pagi.


Hotel ini mempunyai pool yang terletak di tingkat 1 iaitu terletak di tengah2 antara 2 bangunan hotel. Poolnya tidaklah besar dan hanya mempunyai kedalaman 1.2 meter sahaja. Lanskap di pool agak cantik. Terdapat restoran di aras yang sama di mana buat masa ini ianya beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang.


Saya sebenarnya memilih untuk bermalam di hotel ini adalah kerana interiornya yang cantik, dan saya rasa pilihan saya adalah tepat. Dari lobi hingga ke biliknya, interiornya sangat simple tetapi cantik. Dengan keunikan bangunannya yang dilitupi oleh tumbuhan menjalar hotel ini memang sesuai kepada yang suka bergambar di mana banyak sudut hotel yang menarik untuk dijadikan latar belakang. Cuma biliknya agak kecil serta harganya yang agak mahal. Dengan harga sekitar RM300, pengunjung sebenarnya boleh mendapat hotel dengan bilik yang jauh lebih besar.


Hotel ini juga tidak begitu sesuai untuk keluarga kerana selain bilknya yang kecil, bilik air hotel ini juga tidak boleh dikunci. Walaupun cermin antara katil dan bilik air bukanlah seratus peratus lutsinar, tetapi masih boleh dilihat samar2 menjadikan hotel ini tidak begitu selesa untuk yang membawa keluarga. Bagi saya pula, saya pasti akan kembali ke hotel ini dan memilih bilik yang lebih besar satu hari nanti.


Bilik



Bilik Air



Lobi



Pool



Balkoni/Lif



Hotel




258 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page