Hotel ini terletak di Bukit Bintang iaitu di Jalan Beremi off Jalan Sultan Ismail. Hotel ini berhampiran dengan Arab Street, bersebelahan dengan bangunan HSBC Bank. Hotel ini mengadap stesen monorail Bukit Bintang dan juga Lot 10. Bangunannya tidakla terlalu besar dan tinggi jika dibandingkan dengan hotel2 bertaraf 4 dan 5 bintang yang lain.
Bilik yang saya inap ialah Deluxe King Room berkeluasan 301 kaki persegi. Interiornya modern dan lantainya adalah papan dan tidak mempunyai karpet seperti kebiasaan hotel yang lain. Bilik airnya juga sederhana besar dan tidak mempunyai bath tub.
Pool terletak di bahagian atas bangunan (roof top) dan sederhana besar. Restoran terletak di bahagian bawah iaitu separas dengan lobi hotel. Hotel ini interiornya agak cantik dan agak berbeza dengan hotel2 lain.
Bilik
View from Room
Pool
Comments