Hari pertama
Saja2 nak berjalan ke Johor Bahru ni, sebab tiket flight murah. Beli tiket Airasia masa dia buat big sales. Harga tiket return hanya RM27.18 (kalau naik bas pun lagi mahal kan). So aku belilah 2 tiket dengan seorang lagi kawan untuk ke JB.
Kami bergerak ke KLIA2 pada 6/4/19 kira2 pukul 10 pagi. Pukul 11 pagi kami pun sampai ke kLIA2. Flight ke JB pada pukul 12.30 tengahari dan sampai ke Senai International Airport satu jam kemudian.
Kami pun mengambil grab untuk ke Pulai Spring Resort yang terletak kira2 18 kilometer dari airport. Tambang grab ialah RM18. Lebih kurang 20 minit perjalanan kami pun sampai di Pulai Spring Resort. Resort ini merupakan sebuah kelab golf yang sangat terkenal di Johor pada satu masa dulu. Kawasannya memang luas (yelah padang golf kan).
Kami pun terus check-in dan masuk ke bilik. Bilik dia memang biasa aje, tak besar dan takla pula terlalu kecil. Yelah kan resort dah lama. Perut pun dah lapar kami berdua pun makan tengahari di resort tersebut (sebab malas nak keluar).
Selepas makan tengahari kami berdua pun kembali ke bilik untuk mandi dan berehat. Selepas asar kami berdua pergi ke Johor Premium Outlet (JPO) bersama seorang rakan yang memang tinggal di Johor (naik kereta dia la kan). Dari resort ke JPO tu adalah dalam 12 km iaitu kira2 20 minit menaiki kereta. Biasalakan bila gi JPO tu shopping la sambil menjamu mata. Sebelum balik kami makan malam di salah sebuah restoran di JPO tu.
Sampai di resort kami berdua bersiar2 dulu di sekitar resort sambil mengambil gambar resort di waktu malam. Resort ni sebenarnya cantik tetapi disebabkan sudah agak lama banyak kawasan2 yang perlu dibaik pulih. Selepas itu kami berdua pun pulang ke bilik untuk berehat dan tidur.
Hari kedua
Kami mulakan aktiviti pada hari kedua dengan sarapan pagi di hotel. Sarapan di resort ni agak biasa aje dan takla banyak pilihan. Selepas sarapan kami pun pergi mandi pool. Resort ini mempunyai 2 pool, satu pool di hotel (di persekitaran hotel) dan satu lagi di Kawasan bilik tempat kami tinggal. Kami berdua mandi pool di kawasan apartment yang kami tinggal tu. Pool memang besar, puaslah mandi.
Dah puas berendam kami pun kembali ke bilik. Dlm pukul 12 tghari kami pun check-out dari resort tersebut dan menunggu rakan kami untuk ke bandar JB. Sebelum kami bertolak ke bandar JB kami singgah dulu untuk makan nasi beriani Johor. Selepas makan kami ke bandar JB untuk check-in pula di GWB Hotel. Kami sampai di hotel tersebut kira2 pukul 2.30 petang.
Kami check-in di GBW Hotel, Executive Queen Room. Biliknya memang besar betul2 mengadap ke Singapura. Oleh kerana hotel ni antara hotel yang lama di JB, interior dan perabut di biliknya memang berkonsepkan dulu2, tidak lah moden seperti hotel2 yang baru.
Selepas berehat kami pun keluar bersiar2 di JB sambil minum petang. Kali ni kami memilih untuk makan murtabak di Kampung Melayu Majidee (depan masjid). Memang sedap murtabak di situ. Selepas itu kami pergi ke AEON Mall Tebrau untuk shopping di Superdry. Selepas itu kami pulang semula ke hotel.
Pada malamnya kami makan di food court di Selat Tebrau, gerai Tip Top Ikan Bakar. Sedap ikan bakar di situ, bersama ais durian belanda. Selepas makan kami bersiar2 sekitar Pasar Karat di JB yang terkenal menjual bermacam2 barangan. Kemudain kami pun pulang ke hotel.
Hari ketiga
Paginya kami bersarapan di hotel. Selepas itu bersiar2 di sekitar hotel. Selepas berehat di bilik kami pun bersiap2 untuk ke airport. Dalam pukul 1 tengahari kami dijemput oleh rakan samalam tu untuk ke airport, tapi sebelum tu kami makan mee rebus dulu di Restoran ZZ Sup Tulang di Kampung Baru berhampiran dengan bangunan JKR negeri.
Selepas makan mee rebus kami ke Larkin pula, kali ni untuk makan kacang pol yang terkenal di Johor ni. Gerainya terletak berhampiran dengan balai bomba. Pertama kali makan kacang pol ni. Takdela suka sangat, tapi nak merasala kan.
Selepas itu rakan kami tu pun hantar kami ke Senai International Airport. Sampai di sana kami solat jamak dulu sebelum fly ke KL. Kami fly ke KLIA2 kira2 pukul 5.30 petang dan tiba di KLIA2 pukul 6.20 petang. Sebelum balik ke KL kami singgah dulu di Mitsui Premium Outlet untuk shopping di Superdry Store.
Comments