top of page
Search
hanuds

Ipoh (10-12/7/20)

Updated: Nov 19, 2020

Hari pertama


Plan nak gi Ipoh ni lama gakla, sebab ada kawan yang baru beli rumah kat sana. So belila tiket ETS online, RM35 pergi RM36 balik (sampai sekarang aku pun tak tahula kenapa tiket balik lebih seringgit). Yang ini gold, ada yang platinum (tambang dia lagi mahal).


So petang tu aku naik LRT ke KL Sentral. Train pukul 7.50 malam. ETS ni memang selesala, lebih kurang naik AirAsia gakla kan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. So sampai Ipoh dalam pukul 10.20 malam. ETS ni memang tepatla masa dia lebih kurang naik kapal terbang jugalah. Sampai di Ipoh hujan lebat, kawan aku tu dah ada tunggu kat stesen KTM Ipoh yang klasik tu. Dari stesen kami bergerak ke rumah dia tetapi sebelum tu singgah dulu makan malam kat Bandar Meru tu. Malam tu aku makan western (tekak nak makan western lak, padahal gi Ipoh je). Sedap jugala chicken chop dia. Selepas makan baru kami berdua balik ke rumah kawan aku tu.



Hari kedua


Hari kedua kami ke Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Dalam perjalan tu singgah sarapan dulu kat satu kedai. Biasala pagi2 aku makan nasi lemak la. Sedap gakla nasi lemak orang Kuala Kangsar ni. Selepas itu kami menuju ke istana lama. Hajat nak masuk tapi tak bolehla pulak disebabkan Sultan nak datang melawat. So aku pun ambik ajelah gambar dari luar pagar. Lain kali la pulak datang lagi. Selepas tu singgah ke Istana Iskandariah (istana yang digunakan Sultan Perak sekarang). Tapi takdela masuk dalam kan, ambik gambar kat luar ajelah, kat pintu pagar. Dalam perjalanan ke Taiping sempat gakla ambik gambar Masjid Ubudiah yang fames tu.



Sampai di Taiping kami singgah dulu makan cendol di Restoran Bismillah yang terkenal tu. Sedap la cendol dia, patutlah fames kan. Lepas tu kami berdua gi jalan2 ke Taman Tasik Taiping. Hari sebenarnya sudah tengahari so cuaca pun dah panas. Jalan2 pusing tasik tu (takdela pusing sangat pun) sambil ambil gambar menggunakan Huawei P40 Pro.



Dari Taiping kami pergi ke Kuala Sepetang. Kalau gi Kuala Sepetang ni kan apa lagi tujuannya kalau bukan nak makan mee udang. Antara mee udang yang paling fames ialah Mee Udang Mak Jah. Dalam perjalanan pulang ke Ipoh sempat lagi singgah di satu gerai untuk makan laksa pulak.



Hari ketiga


Hari ketiga ni kami sarapan di area Meru aje, makan lontong. Selepas sarapan kami pergi ke Victoria Bridge. Victoria Bridge ini ialah jambatan keretapi lama yang merentangi Sungai Perak. Jambatan ini sudah tidak digunakan lagi. Di kiri kanannya terdapat laluan untuk penduduk kampung dan laluan ETS.



63 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page