top of page
Search
hanuds

Indie Hotel Kuala Lumpur (8-9/5/24)

Ini merupakan kali ketiga saya menginap di hotel yang terletak di Bukit Ceylon ini. Lokasi sebenarnya adalah di Jalan Ceylon iaitu berhampiran dengan Bukit Bintang. Saya membuat tempahan bilik hanya di saat akhir melalui aplikasi Trip.com dan sekali lagi memilih bilik jenis ‘Large Room’. Harga bilik untuk kali ini ialah RM145.28 dan ianya tanpa sarapan pagi.


Untuk kali yang ketiga ini bilik yang saya inap adalah sama dengan bilik yang saya inap pada kali kedua cuma berlainan tingkat. Pada kali ini biliknya berada di Tingkat 3 (pada kali pertama dan kedua bilik yang saya inap berada di Tingkat 5). Yang membezakan bilik yang saya inap pada kali ini ialah terdapat satu sofa kecil dan juga meja bulat di tepi meja yang mana ianya tidak terdapat di dalam bilik yang saya inap pada kali kedua (pada kali pertama saya ke sini, biliknya mempunyai rekabentuk yang berlainan).


Bilik ini mempunyai keluasan 322 kaki persegi dan ianya agak luas. Ianya sangat selesa terutama tilam dan bantalnya yang empuk (ini adalah antara hotel yang menyediakan tilam dan bantal yang cukup selesa). Hotel ini menyediakan wifi yang laju di mana kelajuannya mencecah 80mbps tetapi telco mempunyai sedikit masalah di hotel ini mungkin disebabkan kedudukan bangunannya yang terletak di lereng bukit. Selain menggemari tilam dan bantalnya yang selesa, suasana di hotel ini sunyi dan sesuai bagi saya untuk berehat, cuma pengunjung memerlukan sedikit keberanian kerana kedudukannya yang terletak di tepi belukar dan ianya agak gelap di waktu malam. Selain itu juga saya menyukai bilik air hotel ini kerana menyediakan pancuran mandi yang mempunyai tekanan air yang kuat walaupun ruang pancurannya agak sempit.


Lokasi hotel ini sebenarnya terletak di kawasan Bukit Bintang dan hanya kira-kira 700 meter untuk ke Jalan Alor. Untuk ke Pavilion pula, ianya mengambil masa kira-kira 15 minit jika berjalan kaki (950 meter). Hotel ini ada menyediakan parkir valet tetapi sangat terhad (mungkin hanya sekitar 10 kenderaan sahaja) dengan harga RM20. Saya pasti akan ke sini lagi kerana ini adalah antara hotel yang saya suka memandangkan harganya yang murah.


Bilik



Bilik Air



Hotel



94 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page