top of page
Search
hanuds

Hotel Stripes Kuala Lumpur (23-24/4/22)

Ini adalah kali kedua saya menginap di hotel ini, kali pertama ialah pada Januari lepas. Hotel ini adalah salah satu hotel di bawah rangkaian Marriott Bonvoy dan ianya adalah salah satu hotel kepunyaan YTL Corporation. Hotel ini terletak di Jalan Kamunting, iaitu berhampiran dengan Kampung Baru dan juga stesen LRT Dang Wangi. Di sebelahnya pula ialah hotel Red by Sirocco.


Jika kali pertama dulu saya menginap di bilik deluxe (tempahan dibuat melalui aplikasi trip.com) tetapi kali ini saya membuat tempahan melalui aplikasi Marriott Bonvoy dan saya memilih bilik Executive Deluxe yang berharga RM264.48. Bilik ini mempunyai keluasan 344 kaki persegi dan sedikit besar jika dibandingkan dengan bilik deluxe yang mempunyai keluasan 322 kaki persegi.


Sebelum saya pergi ke hotel, saya terlebih dahulu membuat proses daftar masuk melalui aplikasi Marriott Bonvoy dan apabila saya tiba di hotel kira2 pada pukul 1.30 tengahari, saya hanya perlu ke kaunter untuk mengambil kad akses. Setelah mendapat kad akses saya terus ke bilik saya yang terletak di tingkat 15. Terdapat 3 lif di hotel ini dan oleh kerana pengunjung tidaklah ramai, tidak menjadi masalah untuk mendapatkan lif (walaupun salah satu lif sedang dibaiki).


Walaupun saya memilih bilik Executive Deluxe, interior biliknya adalah sama dengan bilik deluxe yang saya inap pada pertama kali ke sini. Memasuki bilik terdapat almari untuk menempatkan pakaian di sebelah kiri sementara bilik air pula terdapat di sebelah kanan. Di dalam almari terdapat seterika letrik dan juga papan seterika serta 2 pasang bathrobe dan juga 2 pasang selipar. Selepas itu di sebelah almari terdapat satu rak tertutup yang menempatkan satu peti ais mini dan juga cerek letrik serta lampu suluh. Di sebelah pintu bilik air di sebelah kanan terdapat sinki (hotel ini mempunyai sinki yang terletak di luar bilik air).


Selain satu katil king, terdapat satu sofa yang agak besar terletak di tepi tingkap. Di sebelahnya pula diletakkan satu meja study yang agak besar berserta satu kerusi untuk pengunjung melakukan kerja2 pejabat. Di tepi sofa terdapat satu meja bulat kecil. Sementara itu di bahagian dinding bertentangan dengan kaki katil terdapat satu meja sederhana besar yang menempatkan satu pembancuh kopi dan juga air mineral yang diletakkan di dalam 2 botol kaca besar. Juga terdapat peralatan untuk membancuh kopi di meja ini (di dalam laci).


TV pula dilekatkan di dinding dan saiznya mungkin dalam 43 ke 46 inci. Siarannya adalah dalam bentuk HD, walau bagaimanapun siaran yang disediakan sangat sedikit. Hanya beberapa siaran sahaja yang ada seperti TV1, TV2 serta TV8 selain beberapa siaran radio.


Bilik air hotel ini tidaklah besar oleh kerana hanya menempatkan tandas dan juga ruang untuk shower. Terdapat saluran paip di tandasnya dan ruang untuk shower adalah sederhana besar. Tekanan air di bilik air tidaklah begitu kuat tetapi masih ok bagi saya. Cuma yang menjadi masalah ialah suhu air panasnya yang agak sukar dikawal.


Hotel ini adalah salah satu hotel yang mempunyai pool yang terletak di rooftop iaitu di tingkat 21 bangunan hotel. View di pool adalah cantik kerana ianya betul2 mengadap ke Menara Kuala lumpur. Saiz poolnya agak besar dan mempunyai kedalaman 1.2 meter. Selain pool terdapat juga bar di rooftop hotel ini. Di bawah pool terletak gimnasium.


Untuk wifi percuma pula, kelajuannya di bilik ialah 18mbps sementara Celcom pula mempunyai kelajuan 36mbps dan Tune Talk pula 30mbps. Untuk proses check-out pula, ianya sangat pantas di mana saya hanya perlu memulangkan kembali kad akses ke kaunter.


Hotel ini bagi saya agak berbaloi dengan harganya yang agak murah. Hotel ini agak sunyi dan tidak sibuk seperti hotel2 4 atau 5 bintang yang lain. Lokasinya juga agak strategik iaitu berhampiran dengan Jalan TAR dan juga stesen LRT Dang Wangi. Mungkin yang menjadi masalah ialah tempat letak keretanya yang terhad.



Bilik



Bilik Air



319 views0 comments

Comentarios


Post: Blog2_Post
bottom of page