top of page
Search
hanuds

Hotel Sentral Kuala Lumpur (11-12/2/22)

Pada minggu ini saya mencuba menginap di satu hotel bajet yang terletak berhampiran dengan KL Sentral Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di Jalan Thambypillay iaitu 2 blok dari NU Sentral. Saya menempah hotel ini melalui booking.com dan bilik yang saya pilih ialah Superior Double yang mempunyai keluasan 215 kaki persegi.


Saya tiba di hotel kira2 pukul 4 petang dan terus ke kaunter untuk pendaftaran masuk. Walaupun hotel ini adalah hotel bajet, bangunannya agak besar serta mempunyai banyak tingkat juga. Lobi hotel terletak di bawah dan proses check-in adalah cepat hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Oleh kerana hotel ini merupakan hotel bajet, pengunjung tidaklah ramai.


Saya menaiki lif ke tingkat 10 dan hotel ini hanya mempunyai dua lif. Oleh kerana orang tidaklah ramai, masa menunggu lif tidaklah menjadi masalah. Dengan keluasan hanyalah 215 kaki persegi, biliknya kelihatan simple sahaja tetapi tidaklah terlalu sempit. Masih terdapat rak baju di pintu masuk bilik serta satu peti ais mini dan kelengkapan untuk membancuh kopi. Walau bagaimanapun air mineral percuma tidak disediakan.


Selain menempatkan satu katil queen, terdapat meja kecil dan satu kerusi untuk pengunjung melakukan kerja pejabat. Di dinding bertentangan katil pula diletakkan TV yang kecil yang mungkin hanya berukuran 29 inci dan kedudukannya agak tinggi. Bilik air pula kecil menempatkan sinki, tandas dan juga ruang untuk shower.


Hotel ini juga ada menyediakan wifi percuma dan kelajuannya ialah 9mbps. Bagi telco pula, kelajuan Celcom adalah laju iaitu 111mbps sementara Tune Talk pula mempunyai kelajuan 61mbps. Siaran TV pula tidaklah banyak dan bukan dalam bentuk HD. Sesetengah siarannya adalah sangat teruk dan tidak jelas. Tekanan air di bilik mandi pula adalah kuat dan saya sangat berpuas hati mandi di showernya.


Hotel ini sudah lama dan segala kelengkapan di hotel ini juga sudah agak uzur (dapat dilihat kerusinya yang telah pun koyak). Walau bagaimanapun ianya bersih (cuma di bilik saya menjumpai beberapa ekor lipas kecil). Hotel ini juga hanya menyediakan keperluan asas sahaja. Dengan harga biliknya RM82.43 untuk satu malam, ianya mungkin sesuai bagi yang inginkan hotel yang hanya untuk bermalam sahaja. Jika saudara/i ingin berehat di bilik sambil menikmati bilik dengan interior yang cantik, hotel ini bukanlah pilihan yang sesuai.



111 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page