top of page
Search
hanuds

Hotel Olympic Malaysia (15-16/9/21)

Kali ini saya akan review satu hotel yang terletak di tengah2 Kuala Lumpur. Ianya merupakan satu hotel bajet yang terletak di Jalan Hang Jebat iaitu berhampiran dengan Stadium Merdeka dan juga Stadium Negara. Di hadapannya pula terletak Menara PNB 118 yang sedang dalam pembinaan. Hotel ini telah lama beroperasi tetapi telah dibaik pulih semula menjadikannya seakan2 baru.


Saya memilih bilik Deluxe Suite yang berkeluasan 344 kaki persegi sepertimana yang dinyatakan di laman booking.com, tetapi saya tidak pasti ianya betul atau tidak kerana biliknya kelihatan kecil. Walaupun kecil, biliknya memuatkan satu king bed dan juga satu sofa yang sederhana besar. Bilik airnya juga kecil.


Walaupun kecil biliknya mempunyai interior yang cantik. Berkonsepkan warna hijau gelap dan kuning menjadikan biliknya kelihatan menarik terutama bila di dalam gambar. Hampir semua kelengkapan asas ada disediakan termasuk cerek letrik, hair dryer dan cawan serta kopi 2 in 1. TV di dalam bilik juga agak besar (mungkin 55 atau 60 inci) dan siarannya adalah dalam bentuk HD (hanya chanel2 Malaysia sahaja yang ada).


Lobinya terletak di bawah dan mempunyai hiasan yang cantik. Di sini juga terdapat satu cafe yang juga agak besar. Cafe ini ada menyediakan room service untuk makanan yang beroperasi 24 jam. Walau bagaimanapun buat masa sekarang operasi cafe ini dihentikan buat sementara waktu disebabkan pandemik ini.


Hotel ini memang sesuai bagi yang ingin menginap di hotel bajet. Dengan hanya RM72 untuk satu malam, ianya amat berbaloi dengan apa yang disediakan (tetapi janganlah pulak expect fasiliti dan layanan seperti hotel 5 bintang). Selain itu juga lokasinya yang terletak betul2 berhampiran stesen MRT Merdeka memudahkan pengunjung untuk ke mana2 dengan menaiki train (hanya satu stesen dari Stesen Merdeka ke Stesen Bukit Bintang). Hotel ini ada menyediakan parking tetapi perlu membayar RM5 untuk satu hari.



Bilik



Lobi



Cafe



421 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page