top of page
Search
  • hanuds

Hotel Maya Kuala Lumpur (4-5/12/21)

Staycation minggu ini saya memilih satu hotel yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ianya terletak berhampiran dengan KLCC (hanya kira2 500 meter sahaja). Hotel ini telah lama juga beroperasi di Kuala Lumpur. Di kalangan warga KL, hotel ini lebih terkenal kerana lokasinya yang terletak betul2 bersebelahan tanah perkuburan Jalan Ampang.


Hotel ini sebenarnya baru sahaja beroperasi semula setelah memberhentikan operasinya untuk sementara waktu disebabkan pandemik Covid-19 ini. Setelah ianya dibuka untuk tempahan, saya membeli bilik studio berharga RM147.51 dari aplikasi booking.com. Harganya agak murah juga kerana termasuk sarapan untuk 2 orang.


Saya sampai awal kira2 pukul 12.30 tengahari. Saya terus ke kaunter dan bertanyakan kepada staff yang bertugas samada bilik sudah sedia ataupun belum. Setelah diberitahu bahawa bilik saya telah pun siap, saya diberi kad akses untuk ke bilik saya yang terletak di tingkat 5 hotel.


Lif di hotel ini agak banyak dan cepat. Memasuki bilik, seperti hotel2 yang lain, terdapat bilik air di sebelah pintu masuk. Kemudian terdapat satu almari di sebelah pintu bilik air ini. Bilik jenis ini sederhana besar menempatkan satu katil king serta satu kerusi yang cantik untuk pengunjung berehat. Di hadapan katil terdapat satu kabinet yang menempatkan TV serta peralatan untuk membuat minuman (termasuk cerek letrik). Di sebelah kabinet ini terdapat satu meja study dan 2 kerusi untuk pengunjung melakukan kerja.


Bilik airnya pula sederhana besar menempatkan sinki, tandas, shower serta bathtub. Dinding antara katil dan bilik air adalah cermin yang lut sinar tetapi mempunyai langsir yang boleh di singkap dari luar. Selain itu, bilik air dan almari berkongsi pintu. Bila pintu bilik air ditutup, almari akan terbuka dan begitu juga sebaliknya (menggunakan pintu gelongsor). Untuk pengetahuan pembaca, pintu bilik air hotel ini juga tidak boleh dikunci.


View bilik saya mengadap ke KLCC (walaupun tidak nampak penuh). Untuk TV pula, hotel ini menyediakan TV LCD sederhana besar, mungkin dalam 40 inci sahaja. Siaran yang ada tidaklah banyak dan tidak HD pula. Wifi pula agak perlahan mencapai kelajuan hanya sekitar 6mbps. Walau bagaimanapun Celcom mencapai kelajuan 163mbps semasa saya mengujinya di awal pagi. Hotel ini mempunyai pool yang terletak di tingkat 3 bangunan. Poolnya tertutup dan kecil sahaja tetapi agak cantik. Buat masa ini pengunjung perlu mendaftarkan diri untuk mandi.


Untuk sarapan, pengunjung dikehendaki turun ke restoran yang terletak di tingkat 1. Waktu sarapan ialah antara 6.45 pagi hingga ke 10.30 pagi. Sarapan disediakan dalam bentuk buffet dan menu yang disediakan sangat banyak. Untuk proses check-out pula, saya hanya perlu memulangkan kad akses sahaja di kaunter kepada staff yang bertugas.


Dengan harga RM147.51 berserta sarapan dan lokasinya yang terletak berhampiran KLCC (hanya boleh berjalan kaki), saya rasa hotel ini agak murah jika dibandingkan dengan hotel2 lain yang ada di sekitar KLCC. Cuma mungkin mendatangkan sedikit masalah ialah dinding bilik airnya yang lut sinar serta pintu bilik airnya yang tidak boleh dikunci (walaupun terdapat langsir, ianya boleh disingkap dari luar).



Bilik



Bilik Air



View dari Bilik



Pool



Sarapan



401 views0 comments

Recent Posts

See All
Post: Blog2_Post
bottom of page