top of page
Search
hanuds

Hotel EC KIP Sentral (16-17/1/24)

Oleh kerana penerbangan dari Bangkok tiba lewat malam, saya menginap di satu hotel bajet yang terletak di Kota Warisan, Sepang. Hotel ini dikenali juga dengan nama Eman Cottage. Sebenarnya ini adalah kali kedua saya menginap di hotel ini, kali pertama ialah pada Mac 2023. Saya menempah bilik di hotel ini dengan menggunakan aplikasi Booking.com dan bilik ini berharga RM81 dan ianya tanpa sarapan pagi.


Hotel ini terletak di deretan rumah kedai dan biliknya kecil sahaja. Seperti kali pertama ke sini, bilik yang saya inap ini tanpa tingkap dan hanya mempunyai keluasan 161 kaki persegi. Bilik yang saya inap ini terletak di tingkap bawah. Ada beberapa sebab utama mengapa saya suka ke hotel ini. Pertamanya hotel ini sangat bersih. Yang keduanya hotel ini menyediakan wifi yang sangat laju di mana kelajuannya mencecah 387 mbps (muat turun) dan 242 mbps (muat naik). Selain harganya yang murah, lokasi hotel ini juga sangat strategik kerana terletak di sekitar rumah-rumah kedai, banyak restoran yang terdapat di sekitarnya.


Jika pembaca inginkan hotel bajet, ini adalah salah satu hotel yang saya syorkan. Selain sangat bersih, hotel ini terletak hanya 12km untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan hanya 2.5km untuk ke Stesen ERL Salak Tinggi.



40 views0 comments

Comentários


Post: Blog2_Post
bottom of page